Cari Nota Dengan Cepat...!

Monday, July 25, 2011

Kesan Positif Pertumbuhan Penduduk Yang Pesat

KESAN POSITIF PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

1. Pembangunan tanah untuk pertanian dapat dimajukan- pengeluaran bahan makanan meningkat, menghasilkan bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport.
2. Penerokaan sumber dapat dipergiatkan kerana tenaga kerja yang banyak dan cukup
3. Kegiatan pembalakan dapat dimajukan
4. Kegiatan perikanan dapat dimajukan
5. Mengeksport tenaga buruh keluar negara- mendapat tukaran wang asing
6. Pasaran yang tempatan yang luas untuk memasarkan hasil keluaran barangan negara
7. menguatkan pertahanan negara

Masalah Penduduk Lebihan

1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa.

2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai.

3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas – pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda.

4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran.

5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi- berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah sosial.

6. taraf hidup rendah- negara tidak maju.

7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan- kadar buta huruf tinggi.

8. Kekurangan makanan- kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung jumlah penduduk.

9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi.

10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.

Kesan Pertumbuhan Pendudukan Yang Pesat

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

PENDUDUK LEBIHAN : Penduduk yang ada melebihi daripada sumber-sumber yang ada atau sumber-sumber yang ada tidak bertambah tetapi penduduk yang bertambah. Penduduk bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang rendah. Sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada.

Thursday, July 21, 2011

Senarai Nilai-Nilai Murni

BAIK HATI
BERDIKARI
BERHEMAH TINGGI
HORMAT-MENGHORMATI
KASIH SAYANG
KEADILAN
KEBEBASAN
KEBERANIAN
KEBERSIHAN FIZIKAL DAN KEBERSIHAN MENTAL
KEJUJURAN
KERAJINAN
KERJASAMA
KESEDERHANAAN
KESYUKURAN
RASIONAL
SEMANGAT KEMASYARAKATAN

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK)

Aspek-aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK):

· MEMBANDING BEZA

· MENGKLASIFIKASI ATAU MENGKATEGORI

· MENELITI ATAU SEBAHAGIAN DAN KESELURUHAN

· MEMBUAT SEKUAN

· MENERANGKAN SEBAB

· MEMBUAT RAMALAN

· MENYUSUL PERIKSA ANDAIAN

· MEMBUAT INFERENS

· MENGESAHKAN SUMBER MAKLUMAT

· MENJANA IDEA

· MENCIPTA ANALOGI

· MENCIPTA METAFORA

· MEMBUAT KEPUTUSAN

· MENYELESAIKAN MASALAH

Wednesday, July 20, 2011

Ciri-Ciri Portfolio

Portfolio mesti menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelatih: iaitu rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan.

Portfolio mempunyai matlamat berbeza dari semasa ke semasa. Oleh itu ia haruslah dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sesuatu portfolio boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa, dengan syarat ia tidak bercanggah. Misalnya bahan yang terdapat di dalamnya menggambarkan minat, objektif pelajar. Dalam masa yang sama, ia juga menggambarkan kehendak guru dan ibubapa.

Portfolio seharusnya mengandungi maklumat yang menggambarkan kemajuan (growth).

Kaedah dan teknik menghasilkan portfolio memerlukan sokongan, model dan refleksi.


Tanggungjawab Guru Pembimbing

1. Meminta dan mengkaji portfolio Pelajar, pada awal atau akhir minggu apabila perlu
2. Menyediakan pengalaman sekolah yang sewajarnya kepada pelajar
3. Membimbing dan memastikan portfolio dilengkapkan oleh Pelajar pada setiap minggu
4. Membantu Pelajar menyediakan pernyataan profesional
5. Membimbing Pelajar memahami keperluan dalam melengkapkan folio
6. Membimbing pelajar memahami masalah/ cabaran mereka
7. Membimbing pelajar membuat keputusan

Maksud Portfolio

Apa Itu Portfolio?

Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.

(Arter & Paulson, 1990)


Konsep

Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan.

(Teacher Education Division, Ministry of Education Malaysia, March 1997 ‘PETEP’; Profiling Portfolios For The Teaching Practicum, Kuala Lumpur.)

Monday, July 11, 2011

Jenis-Jenis Transparensi

Write ON

Color

Thermal

Print out

Photocopy

Kebaikan OHP

¨ Mudah dikendalikan

¨ Menjimatkan masa pengajaran

¨ Menarik minat pelajar

¨ Paparan imej sebenar

¨ Mempelbagaikan BBM

Kepentingan BBM Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan BBM Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

a) Dapat membantu dalam pengajaran yang berkesan

b) Memperbagaikan pendekatan pengajaran

c) Menyampaikan ssesuatu konsep daengan jelas

d) Penyampaian dan penerangan maklumat lebih terperinci

e) Memusatkan perhataian pelajar

f) Menjimatkan masa

g) Memberi suatu pengalaman baru kepada pelajar

h) Melahirkan interaksi dan kerjasaman amntara pelajar dengan guru dan pelajar dengan guru

i) Melahirkan dorongan daya kreativiti kepada palajar dan guru

Jenis-jenis OHP

Jenis-jenis OHP

Mudah alih

Dewan kuliah

Pancar terus

Pancar imej kecil

Kegunaan komputer

Sunday, July 10, 2011

Definisi Dan Kategori Bahan Bantu Mengajar

Definisi Bahan Bantu Mengajar

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Dibahagikan kepada 3 kategori:

a) BBM bukan elektronik

· BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer

· BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya

b) BBM berbentuk elektronik

Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer

c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar

Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.


Tuesday, July 5, 2011

Dasar Kependudukan Negara Malaysia

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

1. Malaysia telah melaksanakan satu dasar kependudukan iaitu untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta penduduk dalam tempoh 100 tahun akan datang.

2. Dasar kependudukan ini dilaksanakan adalah untuk mempastikan pertumbuhan penduduk adalah seiring dengan daya pengeluaran negara

3. Selain itu dasar kependudukan negara adalah bertujuan untuk :

i. menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan negara tanpa perlu bergantung kepada tenaga kerja asing
ii. meningkatkan daya pengeluaran negara
iii. meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan
iv. untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang aman dan negara yang kuat dari segi pertahanan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...