Cari Nota Dengan Cepat...!

Loading...

Tuesday, October 13, 2009

Sektor Perkhidmatan : Jenis-jenis perkhidmatan


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN:

INDUSTRI PELANCONGAN

v Paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

v Industri yang terlibat ialah perkhidmatan hotel, resort dan chalet, perkhidmatan restoren, perkhidmatan pemandu pelancong, pengangkutan, telekomunikasi dan sebagainya.

v Jumlah kedatangan pelancong meningkat setiap tahun dan pada tahun 2000, Malaysia menerima hampir 10.2 juta orang.

v Hampir 70% pelancong adalah dari kalangan negara ASEAN.

v 30% dari Eropah, Amerika Syarikat serta negara-negara di rantau Asia Pasifik dan Oceania.

INDUSTRI PENGANGKUTAN&TELEKOMUNIKASI

v Merupakan sektor perkhidmatan yang kedua terpenting.

v Industri pengangkutan melibatkan 3 bidang utama:-

- Pengangkutan darat : jalan raya, komuter, monorel, .

- Pengangkutan Air : feri, bot, kapal, sampan, .

: munculnya pelabuhan entrepot

- Pengangkutan udara : kapal terbang. Helikopter.

: wujudnya lapangan terbang.

: didominasi oleh MAS dan Air Asia.

v Telekomunikasi : telefon, faksimili, ICT, .

v Konsep e-dagang merupakan bidang

komunikasi perdagangan

global masa kini yang perlu

dikuasai oleh Malaysia.

SEKTOR KEWANGAN, INSURANS, HARTANAH & PERKHIDMATAN PERNIAGAAN

v Perkhidmatan kewangan melibatkan syarikat kewangan dan bank.

- bank : penyimpanan wang

- syarikat kewangan : pinnjaman wang (pengusaha@peniaga)

v Tertubuhnya Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (IOFC) akibat perkembangan pesat sektor perbankan.

v Perkhidmatan Insurans - pelindungan daripada musibah.

- terbahagi kepada 2 iaitu insurans konvensional dan insurans takaful.

v Sektor hartanah - jual beli rumah kediaman, kedai, pejabat, .

v Perkhidmatan perniagaan - guaman, perundingan, perubatan,

pendidikan, kerjaya, keselamatan, .

SEKTOR UTILITI ELEKTIK, AIR & GAS

v Merupakan perkhidmatan asas dan keperluan asasi manusia.

v Melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan sumber tenaga.

v Tenaga elektrik di Malaysia dimonopoli oleh TNB.

v Bekalan air dilaksanakan oleh JBA di bawah negeri masing-masing.

v Terdapat juga negeri-negeri yang menswastakan perkhidmatan air seperti SYABAS (Selangor) dan AIR KELANTAN SDN BHD (kelantan).

v Pada tahun 2000, 100% penduduk bandar mendapat manakala 93% penduduk kawasan luar bandar telah dibekalkan sumber elektrik.

v 98% penduduk bandar dan 87% penduduk luar bandar menikmati bekalan air bersih.

PERKHIDMATAN KERAJAAN

v Walaupun kerajaan telah mengamalkan dasar penswastaan, perkhidmatan kerajaan masih lagi penting.

v Hal ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos perkhidmatan masih rendah.

v Antara sektor penting yang disediakan oleh kerajaan dan tidak diswastakan sepenuhnya ialah sektor pendidikan, kesihatan, pentadbiran, keselamatan awam dan keselamatan negara.

v Perkhidmatan ini berlansung dalam tiga peringkat iaitu:-

- Kerajaan negeri

- Kerajaan pusat

- pihak bekuasa tempatan

PERDAGANGAN

v Merupakan semata-mata penukaran barangan dan boleh dilakukan dalam banyak peringkat, iaitu perdagangan dalam negeri dan juga perdagangan antarabangsa.

v Perdagangan antara 2 pihak :- pertukaran barangan antara 2 negeri.

v Perdagangan antara banyak pihak :- pertukaran barangan antara beberapa buah negeri dan tidak ada penukaran secara langsung antara mana-mana 2 buah negeri.

v Perdagangan terbesar :- Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Jepun.

v Perdagangan tercorot :- India, Pakistan, Laos, Indonesia, Greece.

v Barangan utama dagangan :-

- Barang-barang makanan

- Bahan-bahan mentah

- Bahan api

- Barang buatan kilang

2 comments:

Anonymous said...

cikgu mat berkata "ad lg sektor pelancongan yg tiada dlm senarai,nk tahu ap? hub hiburan malam! Hahaha tanah airku

Hd Ooppaa Tee said...

Terima kasih atas nota anda..ianya sang at membantu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...