Gunakan Fungsi Search Untuk Mencari Nota

Loading...

Sunday, October 11, 2009

Teori Linguistik Bloomfield

  • Teori Linguistik Bloomfield

  • Pengenalan
  • Linguistik struktur muncul kerana ketika pihak berkuasa Amerika memerlukan ahli-ahli bahasa.
  • Digunakan sebagai strategi semasa perang dunia ke-2.
  • Perkara yang ditekankan ialah bagaimana kebolehan berbahasa dalam bahasa sasaran dapat diperoleh dgn segera dan berkesan.

  • Leornand Bloomfield
  • Ahli bahasa yang diberi nama American Structuralism.
  • merupakan seorang ahli psikologi behaviourisme.
  • Menghasilkan karya agung yang berjudul Language(1933).
  • konsep yang dibawa oleh beliau telah dijadikan sebagai aliran struktural.
  • Beliau menyatakan bahawa apa pun yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Cth: jika menyebut rumah, maka strukturnya ialah [rumah] bukan [hamur] atau [maruh].
  • Pandangan Bloomfield berasaskan teori Behaviorisme, iaitu yang beranggapan bahawa tingkah laku manusia dapat ditanggap oleh indera. Setiap rangsangan (stimulus) akan mewujudkan tindak balas (respons).

  • Bloomfield berpendapat bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain.

  • s r-s r
  • s - seseorang bercakap
  • r-s berlaku proses pengubahsuaian data
  • r – pendengar melahirkan gerak balas.

  • Disesuaikan dengan sebuah cerita tentang Jack(lelaki) dan Jill(perempuan). Jill yang berasa lapar tiba-tiba ternampak sebiji epal(s). Jill lalu membuat bising dengan menggunakan tenggorok(larynx), lidah dan bibir(r). Jack mendengar bunyi yang dihasilkan oleh Jill(s) lalu memetik epal yang diminta oleh Jill(r).
  • Dalam menganalisis bahasa,teori struktur diasaskan pada data(korpus) yang dapat diuji.
  • Tujuan: menghuraikan suatu contoh sampel sesuatu bahasa,bukan hurai seluruh bahasa.
  • Hal ini kerana ucapan yang dilahirkan tidak mungkin dapat dikaji.
  • Bahasa menurut tafsiran Bloomfield:sejumlah isyarat@tanda yang berupa unsur vokal(fitur bunyi) yang dinamai bentuk linguistik.

  • Beliau mendefinisikan makna sebagai satu keadaan atau situasi yang ada di dalam tubuh badan manusia(penutur).
  • Oleh sebab itu,pada Bloomfield makna merupakan perkara yang kurang penting dalam pengkajian bahasa.
  • Yang terpenting dalam teori Bloomfield ialal percubaannya untuk mengembangkan kaedah-kaedah menghuraikan bentuk linguistik secara eksplisit.
  • Beliau membezakan 3 jenis bentuk: bentuk terikat,bentuk bebas,bentuk kompleks.
  • Contoh bentuk terikat: ‘ke-----’, ‘-----I’ dan sebagainya.
  • Contoh bentuk bebas: ‘meja’, ‘aku’, ‘teksi’, dan sebagainya.
  • Bentuk kompleks dapat difahami daripada kata seperti ‘olahraga’, ‘ibu bapa’, ‘anatarabangsa’, dan sebagainya.
  • Linguistik struktur memberikan penjelasan tentang setiap linguistik menurut struktur dan fungsi bentuk itu dalam korpus.
  • Misalnya ‘fonem’ diberi makna sebagai satu fitur yang distingtif dan terkecil dalam leksikon;
  • ‘morfem’ bererti kesatuan terkecil yang mempunyai erti dalam bentuk leksikon;
  • ‘frasa’ bererti unit yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua bentuk bebas.

  • ‘kata’ bererti bentuk bebas yang minimum yang terdiri daripada hanya satu bentuk bebas dan kadang-kadang dapat digabungkan dengan bentuk-bentuk terikat. (ter+lukis)
  • ‘ayat’ pula diertikan sebagai ungkapan yang maksimum.

  • Kesimpulan
  • Bloomfield cuba menganalisis bahasa dengan melibatkan bahagian-bahagian dan hubungan antara satu bahagian dengan bahagian lain.
  • Analisis beginilah yang biasa disebut Analisis Konstituen Terdekat.
  • Makna bergantung pada situasi sesuatu ayat dibentuk dan oleh sebab itu makna sukar ditentukan.
  • Sebaliknya,bunyi dapat ditentukan dan dapat dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. (fonem sebagai akar bunyi)

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

:)

Andreas said...

Terima kasih. Dapat juga membantu sikit dalam buat KKBI....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...