Cari Nota Dengan Cepat...!
Teori Linguistik Bloomfield
- Teori Linguistik Bloomfield
- Pengenalan
- Linguistik struktur muncul kerana ketika pihak berkuasa Amerika memerlukan ahli-ahli bahasa.
- Digunakan sebagai strategi semasa perang dunia ke-2.
- Perkara yang ditekankan ialah bagaimana kebolehan berbahasa dalam bahasa sasaran dapat diperoleh dgn segera dan berkesan.
- Leornand Bloomfield
- Ahli bahasa yang diberi nama American Structuralism.
- merupakan seorang ahli psikologi behaviourisme.
- Menghasilkan karya agung yang berjudul Language(1933).
- konsep yang dibawa oleh beliau telah dijadikan sebagai aliran struktural.
- Beliau menyatakan bahawa apa pun yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Cth: jika menyebut rumah, maka strukturnya ialah [rumah] bukan [hamur] atau [maruh].
- Pandangan Bloomfield berasaskan teori Behaviorisme, iaitu yang beranggapan bahawa tingkah laku manusia dapat ditanggap oleh indera. Setiap rangsangan (stimulus) akan mewujudkan tindak balas (respons).
- Bloomfield berpendapat bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain.
- s r-s r
- s - seseorang bercakap
- r-s berlaku proses pengubahsuaian data
- r – pendengar melahirkan gerak balas.
- Disesuaikan dengan sebuah cerita tentang Jack(lelaki) dan Jill(perempuan). Jill yang berasa lapar tiba-tiba ternampak sebiji epal(s). Jill lalu membuat bising dengan menggunakan tenggorok(larynx), lidah dan bibir(r). Jack mendengar bunyi yang dihasilkan oleh Jill(s) lalu memetik epal yang diminta oleh Jill(r).
- Dalam menganalisis bahasa,teori struktur diasaskan pada data(korpus) yang dapat diuji.
- Tujuan: menghuraikan suatu contoh sampel sesuatu bahasa,bukan hurai seluruh bahasa.
- Hal ini kerana ucapan yang dilahirkan tidak mungkin dapat dikaji.
- Bahasa menurut tafsiran Bloomfield:sejumlah isyarat@tanda yang berupa unsur vokal(fitur bunyi) yang dinamai bentuk linguistik.
- Beliau mendefinisikan makna sebagai satu keadaan atau situasi yang ada di dalam tubuh badan manusia(penutur).
- Oleh sebab itu,pada Bloomfield makna merupakan perkara yang kurang penting dalam pengkajian bahasa.
- Yang terpenting dalam teori Bloomfield ialal percubaannya untuk mengembangkan kaedah-kaedah menghuraikan bentuk linguistik secara eksplisit.
- Beliau membezakan 3 jenis bentuk: bentuk terikat,bentuk bebas,bentuk kompleks.
- Contoh bentuk terikat: ‘ke-----’, ‘-----I’ dan sebagainya.
- Contoh bentuk bebas: ‘meja’, ‘aku’, ‘teksi’, dan sebagainya.
- Bentuk kompleks dapat difahami daripada kata seperti ‘olahraga’, ‘ibu bapa’, ‘anatarabangsa’, dan sebagainya.
- Linguistik struktur memberikan penjelasan tentang setiap linguistik menurut struktur dan fungsi bentuk itu dalam korpus.
- Misalnya ‘fonem’ diberi makna sebagai satu fitur yang distingtif dan terkecil dalam leksikon;
- ‘morfem’ bererti kesatuan terkecil yang mempunyai erti dalam bentuk leksikon;
- ‘frasa’ bererti unit yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua bentuk bebas.
- ‘kata’ bererti bentuk bebas yang minimum yang terdiri daripada hanya satu bentuk bebas dan kadang-kadang dapat digabungkan dengan bentuk-bentuk terikat. (ter+lukis)
- ‘ayat’ pula diertikan sebagai ungkapan yang maksimum.
- Kesimpulan
- Bloomfield cuba menganalisis bahasa dengan melibatkan bahagian-bahagian dan hubungan antara satu bahagian dengan bahagian lain.
- Analisis beginilah yang biasa disebut Analisis Konstituen Terdekat.
- Makna bergantung pada situasi sesuatu ayat dibentuk dan oleh sebab itu makna sukar ditentukan.
- Sebaliknya,bunyi dapat ditentukan dan dapat dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. (fonem sebagai akar bunyi)
4 comments:
:)
Terima kasih. Dapat juga membantu sikit dalam buat KKBI....
Post a Comment