Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, November 20, 2012

Blog Popular

Dunia blog seperti juga dunia gajet. Ada musim, ada budaya, ada pengaruh dan turun naik. Penulis mula menceburkan diri dalam dunia blog pada awal tahun 2009. Hal ini disebabkan salah satu kursus di IPT penulis meminta setiap pelajarnya menghasilkan blog. Dari situ, penulis mula mengetahui dan meneroka dunia blog di Malaysia. Lama-kelamaan, membaca blog menjadi hobi penulis kerana ia seronok, dapat belajar pengalaman orang lain dan sebagainya.

Di sini penulis ingin berkongsi blog popular manakah yang mula-mula diminati oleh penulis sekitar tahun 2009. Daripada blog-blog inilah penulis mendapat idea untuk terus meghasilkan blog seterusnya menjana pendapatan sampingan. Blog popular yang penulis senaraikan bukanlah berdasarkan ranking, namun ia berdasarkan pengalaman dan pandangan penulis terhadap blog yang berkualiti.

1. http://justkhai.com/blog/

Blog Justkhai merupakan antara blog terawal yang penulis sentiasa membacanya sekitar tahun 2009. Blog ini juga begitu popular di Malaysia ketika budaya menulis blog mula menular di Malaysia. Penulis blog ini bernama Khai dan ketika awal menulis blognya, dia banyak menceritakan kisah peribadi namun setiap kisah tersebut terdapat pengajaran dan 'sesuatu' yang boleh kita ambil. Dia juga berkongsi tentang pandangannya terhadap bidang teknologi sepertu gajet, komputer dan telefon bimbit. Dia juga telah membuktikan bahawa dengan menulis blog juga boleh berjaya seperti kerjaya lain. Nak tahu apakah kejayaan yang telah dikecapinya? Silalah layari blog Justkhai!

2. http://inibelogsaya.blogspot.com/

Rasanya ramai dah tahu tentang blog ini. Antara blog personal paling popular di Malaysia. Dalam banyak-banyak blog wanita di Malaysia, blog Hanis Zalikha inilah yang tak jemu-jemu penulis baca. Hanis Zalikha banyak menulis tentang fesyen, makanan, percutian dan juga keluarganya. Seronok mengikuti kisahnya!

3. http://amanz.my/

Blog ini dijumpai penulis awal tahun 2009 juga. Ketika itu penulis sedang belajar dan meneroka isu semasa berkaitan teknologi komputer dan maklumat. Blog ini menekankan isu semasa dan sentiasa dikemas kini setiap hari dalam bahasa Melayu. Pendapat penulis, inilah blog IT bahasa Melayu paling terbaik di Malaysia dan menepati budaya serta citarasa rakyat Malaysia dalam dunia IT.

4. http://sembangkomputer.com/

Jika blog Amanz lebih berfokus kepada isu semasa dunia IT, blog SembangKomputer pula lebih kepada teknik, panduan dan tips dalam komputer dan internet. Ia lebih teknikal dan sesuai untuk sesiapa yang mahu mempelajari selok belok teknikal perkomputeran dan internet. Juga dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman. Good Job!

5. http://norashikinrahmat.blogspot.com/

Mungkin ramai yang tidak mengetahui blog ini. Namun, bagi penulis inilah blog personal yang banyak pengalaman dan ilham yang boleh kita kutip. Penulis blog ini sentiasa berkongsi pengalaman dalam menghadapi liku-liku kehidupan pahit manis. Jika kita dalam keadaan sedih atau dirundung masalah, bacalah blog ini, pasti ada mutiara kata yang membuatkan fikiran kita terbuka dan mendapat "sesuatu".


Blog ini banyak berkongsi tentang selok belok dunia blog dan marketing. Banyak perkara kita boleh belajar daripadanya. Namun, adakalanya penulis blog ini berkongsi kisah kehidupannya yang menarik. :)


Jika anda seorang peminat dunia permotoran khasnya motosikal berCC kecil, bacalah blog ini. Ia memaparkan perkembangan dunia motor di Malaysia. Boleh dikatakan inilah blog permotoran paling popular di Malaysia. Maklumatnya sentiasa dikemas kini.


Untuk mereka yang gemar berkonvoi atau makan angin, blog ini memaparkan kisah seorang rider motosikal berkuasa tinggi yang sering berkonvoi ke merata tempat di Malaysia dan luar negara. Sekiranya anda mencari ilham dimanakah tempat yang ingin dituju semasa cuti nanti, layarilah blog ini!

4 comments:

blog popular said...

betul. memang mereka semua ni blogger yang popular berlaka.

norashikin rahmat said...

Assalamualaikum :)
Terima kasih kepada penulis blog ini yang sudi berkongsi & promote blog. Semoga ianya bermanfaat. Tak sangka ada silent reader gini :D
Macammanalah ye penulis blog ni terjumpa blog saye? Semoga penulisan kita membantu proses kehidupan.~

Hazmin Hamudin said...

Memang hebat dorang ni... Bukan senang nak popularkan blog ni.

Admin said...

Hmmm .. banyak lagi blog-blog yang popular di Malaysia ni. Hari2 semakin ramai blogger hebat dilahirkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...