Bila imbas kembali 10 tahun yang lalu, pasaran telefon bimbit di negara ini dikuasai oleh Nokia. Bukan sahaja menguasai pasaran, namun Nokia berjaya mencipta budaya atau trend ketika itu sehingga jenama telefon bimbit lain dipandang sebelah mata oleh pengguna. Iklan-iklan yang menjual ringtone atau aplikasi telefon bimbit di majalah dan surat khabar banyak memfokuskan kepada telefon bimbit Nokia. Memang susah kalau nak tengok jenama lain. Rekaan telefon bimbit Nokia juga menjadi ikonik dan diingati pengguna sehingga menggelarnya dengan beberapa gelaran seperti Nokia Daun, Butterfly dan Nokia Sabun.
Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah. Seingat penulis, zaman kegemilangan Nokia terakhir ialah sekitar tahun 2009/2010 di mana telefon ikonik Nokia ketika itu ialah siri Nokia ExpressMusic. Walaupun pada tahun 2007-2010 iPhone mula mendapat tempat di hati pengguna, namun Nokia masih lagi bertahan. Sehingga pada tahun 2010-2012 jenama Samsung mula menguasai pasaran dengan telefon bimbit Android mereka. Penulis sendiri menggunakan Samsung pada awal tahun 2012 namun masih kekal menggunakan Nokia sebagai telefon bimbit utama untuk membuat panggilan dan SMS.
Ternyata OS Android pada Samsung dan jenama lain begitu memudahkan pengguna. Mesra pengguna, pantas dan aplikasi yang mudah dimuat turun. Pernah mencuba beberapa smartphone Nokia yang menggunakan OS Symbian namun penulis berpendapat ia agak sukar dan kurang mesra pengguna berbanding Android. Namun untuk telefon bimbit yang menawarkan fungsi asas, penulis merasakan Nokia masih lagi terbaik.
Namun, apabila Nokia mengeluarkan smartphone menggunakan Windows Phone sebagai OS, penulis pergi mencubanya di kedai. Pandangan pertama penulis, penggunaan "live tile" begitu cantik dan menjadikannya begitu berbeza dengan telefon lain. Bila dibuat perbandingan antaramuka Windows Phone dengan Android, nampak yang Windows Phone lebih interaktif dan canggih. Mungkin ramai yang kata, Android mempunyai lebih banyak aplikasi yang boleh dimuat turun dan percuma. Namun, sepanjang aku guna android dan juga kawan-kawan, dalam setahun entah berapa aplikasi sahaja yang dimuat turun.
Dan sekarang, Nokia telah melancarkan Nokia Lumia 920 yang menggunakan Windows Phone 8 sebagai OS. Penulis sendiri tidak sabar untuk mencubanya dan adakah Windows Phone 8 ini berjaya menarik perhatian penulis dan meninggalkan Android? Kita tunggu dan lihat nanti respon masyarakat Malaysia. Sudah bersedia untuk melihat Nokia kembali mencipta budaya dan telefon ikonik?
Nokia Lumia 920 masih lagi belum terdapat di pasaran Malaysia, namun di luar negara ia sudah pun ada di pasaran. Harga pula dijangka RM1500-1900 memandangkan Nokia Lumia 920 adalah smartphone high-end Nokia. Harap Nokia lebih pantas membawa masuk Nokia Lumia 920 sebelum pengguna mula melupakannya. Untuk mengetahui spesifikasi Nokia Lumia 920, boleh layari laman web Nokia ini >>> http://www.nokia.com/gb-en/products/phone/lumia920/
2 comments:
harganya mesti mahal kan?
x msuk malaysia lg ke...??
Post a Comment