Cari Nota Dengan Cepat...!

Friday, October 2, 2009

Kepentingan Alam Sekitar, Pencemaran Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar

CINTAILAH ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:

Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku

Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Kepentingan alam sekitar

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik

kepentingannya adalah:-

Kesihatan manusia terjamin

Tarikan pelancong asing

Pembekalan udara yang segar

Ekosistem yang stabil

Habitat hidupan darat dan air terpelihara

Mengelakkan kepupusan

Punca-punca

Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu,punca-punca lain adalah:-

Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan

Penebangan pokok-pokok secara berleluasa

Pembakaran terbuka

Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.

Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk

Pembuangan sisa-sisa toksik

Kesan-kesan

Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air. Antara kesan-kesannya adalah seperti berikut:-

Pencemaran udara dan jerebu

Fenomena hujan asid

Pencemaran bau

Pencemaran air

Kemusnahan hidupan akuatik

Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat

Keracunan

Hakisan tanah dan banjir

Kesihatan terjejas

Langkah-langkah mengatasi

Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar daripada pencemaran

Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap:

peringkat antarabangsa

pemerintah

organisasi

individu.

Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.

Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.

Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah.

Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.

6 comments:

Anonymous said...

perfect note!
thank you so much!

gadesh miyaw miyaw ! said...

terima kasih . ini memudahkan saya untuk membuat folio geografi tingkatan 3 :) thanx a lot !

bz... boys.. said...

thx ia memudahkan sye utk membuat folio geo....

bz... boys.. said...

thx....krana menpercpatkan sye siapkan folio geo...

Anonymous said...

Thanks a lot,yeah :)

文凱V仔3014 said...

It's very informative notes and does help me a lot in contributing ideas....Thanks a lot! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...