Cari Nota Dengan Cepat...!

Sunday, August 28, 2011

Zaman Linguistik Perbandingan

  1. Perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke 19.
  2. Pendekatan agak objektif dan saintifik.
  3. Ahli linguistik abad 19 telah terpengaruh dengan bidang anthropologi dan sosiologi dalam pengkajian bahasa.
  4. Anthropologi dan sosiologi adalah bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.
  5. Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa.
  6. Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa.
  7. Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. (Indo-Eropah)
  8. Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu.
  9. Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan.
  10. Ilmu perbandingan bahasa bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa.
  11. Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik.
  12. Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan.
Contoh:

Mother (B.Inggeris) - Moeder (B.Belanda)
Son (B.Inggeris) - Zon (B.Belanda)

Contoh lain:

Pari - Jawa
Fari - Malegasi
Pare - Sunda
Padih - Madura
Padi - Melayu
Palai - Tagalog

  • Di atas adalah bukti jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan dan berasal dari satu rumpun atau turun dari satu bahasa induk yang lebih tua.
  • Umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha ke arah menentukan rumpun bahasa melalui perbandingan.
  • Antara rumpun bahasa sedunia adalah; Indo-Eropah, Hamito-Semit, Finno-Ugria, Bantu, Tibeto-China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain.
  • Tokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785-1863) dan Verner.
  • R.K Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah.
  • Hukum p-s-v
  • Contoh: Latin (pater), Inggeris (father), Jerman (vater), Belanda (vader)


Wednesday, August 24, 2011

Definisi Semantik

Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).

Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Tuesday, August 23, 2011

Jenis Jenis Kamus

I. Masa
a. Kamus Kini
b. Kamus Moden
c. Kamus Baharu

II. Saiz
a. Kamus Mini
b. Kamus Besar
c. Kamus Ringkas
d. Kamus Saku
e. Kamus Kecil

III. Peringkat Umur
a. Kamus Rendah
b. Kamus Dewasa
c. Kamus Permulaan

IV. Peringkat Sekolah
a. Kamus Pelajar
b. Kamus KBSR
c. Kamus KBSM
d. Kamus Sekolah

V. Pengisian Kamus
a. Kamus Asas
b. Kamus Umum
c. Kamus Mudah
d. Kamus Sari

VI. Pengenalpastian dengan Pengguna
a. Kamus Saya
b. Kamus Pelajar
c. Kamus Pembaca
d. Kamus Rakyat

VII. Kemudahan Penggunaan dan Hasil yang Diunjurkan
a. Kamus Amali
b. Kamus Praktis
c. Kamus Progresif
d. Kamus Kemajuan
e. Kamus Kreatif

VIII. Gaya Bantuan yang Diberi dalam Kamus
a. Kamus Bergambar
b. Kamus Berayat

IX. Penerbit
a. Kamus Pelanduk
b. Kamus Adabi
c. Kamus Preston
d. Kamus Federal

Sumber:

Perkamusan Melayu "Suatu Pengenalan" (1994) karya Ibrahim Bin Ahmad terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Asmah Haji Omar dalam buku Perkamusan Melayu/Indonesia-Satu Bibliografi (1990)

Sunday, August 21, 2011

Garis Panduan Penulisan Jurnal Praktikum

GARIS PANDUAN
  1. Pelatih dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum.
  2. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan.
  3. Satu jangkamasa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah dicatatkan.
  4. Pelatih dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.
  5. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru.
  6. Pelatih diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa praktikum untuk disemak.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENULISAN JURNAL

Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.

Kandungan jurnal mesti dirancang bersama antara pelatih, pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

CONTOH FORMAT

  • Pernyataan masalah
  • Huraian masalah
  • Cadangan mengatasi
  • Tempoh
  • Analisis keputusan
  • Tindakan susulan

*sumber Unit Praktikum IPGKTAA

Konsep Dan Objektif Penulisan Jurnal Praktikum

KONSEP

- Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan.

- Jurnal bertujuan membantu pelatih merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan.

OBJEKTIF

Pelatih dapat :-
- Menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan.
- Menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan.
- Menjadikannya asas / panduan tindakan susulan.
- meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru.
- Menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan
pensyarah penyelia / guru pembimbing.
- Meningkatkan kemahiran profesionalisme.

*sumber Unit Praktikum IPGKTAA

Thursday, August 18, 2011

Tindakan Semasa Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran

1. Permulaan pengajaran
- menarik perhatian murid terhadap perkara
yang hendak diajar.
- menimbulkan minat murid
- menggalakkan pernyertaan murid
- mengaitkan dengan PSA
- memberitahu apa yang akan diajar.

2. Perkembangan Pengajaran
- penyampaian isi pelajaran mestilah teratur
- kadar kelajuan sesuai dengan tahap murid
- mempelbagaikan aktiviti mengikut
kebolehan murid
- menepati hasil pembelajaran

3. Pengurusan bilik darjah
- mewujudkan persekiran pembelajaran yang
kondusif
- kawalan disiplin / arahan-arahan perlu jelas

4. Komunikasi
- lantang
- kuat
- jelas
- nada dan intonasi pelbagai
- suara menarik
- peka dengan bahasa murid
- bahasa standard

5. Kualiti Pembelajaran
- penglibatan murid aktif
- penglibatan menyeluruh
- ada menunjukkan perubahan tingkah laku
- menunjukkan murid faham apa yang diajar
- murid reponsif terhadap pelajaran
6. Penutup
- penutup kognitif( menarik perhatian
murid kepada apa yang telah dipelajari,
membuat peneguhan)
- penutup sosial - membina rasa pencapaian
- rasa menguasai pembelajaran.
7. Pencapaian Hasil Pembelajaran
- pastikan semua hasil pembelajaran tercapai melalui aktiviti pp yang dilaksanakan.

8. Aplikasi nilai
- diterapkan dengan baik
- berkesan
- mengikut kesesuaian masa

Tuesday, August 16, 2011

Perkataan-perkataan eksplisit yang sesuai digunakan mengikut aras (objektif RPH)

Pengetahuan:
Menamakan
Menerangkan
Mentakrif
Menjelaskan
Merakamkan
Menyenaraikan


Kefahaman:
Menterjemahkan
Menyebut semula
Melukis
Mentafsir
Membincangkan
Menyatakan
Melaporkan


Aplikasi:
Mentafsir
Menggunakan
Mendemontrasi
Melukis
Menggambarkan
Melakar

Analisis:
Membezakan
Mengira
Mencerakinkan
Menganalisis
Menguji
Membandingkan
Menyesuaikan

Sintesis:
Merancang
Membentuk
Mengubah
Menyusun
Membuat laporan
Membentuk

Penilaian:
Membanding
Memilih
Menganggar
menilai



Monday, August 15, 2011

Tindakan Semasa Merancang Rancangan Pengajaran Harian

Guru pelatih mesti memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Penulisan hasil pembelajaran/objektif:
-eksplisit
-tepat
-jelas
-sesuai dengan kebolehan murid
-sesuai dengan sukatan pelajaran

2. Cara Menulis Objektif Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian RPH:

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria:
  • Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur
  • Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
  • Hasil yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.

Contoh 1 :

Pada akhir pelajaran murid dapat:

Membaca dengan kuat 1 petikan ‘Menunggu Kelahiran’ dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu.

A – Audiens - murid

B – Behaviour - membaca dengan kuat

C – Content - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’

D – Degree - 1 petikandengan sebutan dan intonasi yang betul

S – Sosial - individu


Contoh 2:

Pada akhir pelajaran murid dapat:

2. Menyatakan secara lisan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat
daripada petikan teks berdasarkan kad tugasan
dengan betul secara individu, kumpulan dan kelas.

A – Audiens - murid

B – Behaviour - menyatakan

C – Content - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’

D – Degree - 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat berdasarkan kad tugasan dengan betul.

S – Sosial - secara individu, kumpulan dan kelas.


Contoh 3 :

Pada akhir pelajaran murid dapat:

3. Membina 4 ayat mudah secara bertulis dengan
menggunakan peribahasa yang disediakan secara
individu.

A – Audiens - murid

B – Behaviour - membina ayat secara bertulis

C – Content - peribahasa yang disediakan

D – Degree - 4 ayat mudah

S – Sosial - secara individu.


Saturday, August 13, 2011

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

  1. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
  2. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.
  3. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
  4. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
  5. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
  6. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
  7. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
  8. Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Definisi Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

Tujuan?

Menjamin pencapaian objektif.
Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.


Jenis-Jenis Pemulihan

Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)

Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)

Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.

Objektif Pendidikan Pemulihan

1. Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

2. Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

3. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

4. Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

5. Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu.

6. Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

7. Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Konsep Pemulihan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.


Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.


O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

Thursday, August 11, 2011

Prinsip Raja Berperlembagaan

  1. YDPA sebagai ketua negara (Bahagian 4, Bab 1, Per 32)
  2. Dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara bergilir selepas 5 tahun
  3. Kuasa tertinggi dalam perundangan, pentadbiran, kehakiman (Per. 39)
  4. Kuasa dikawal oleh perlembagaan
  5. Ketua agama Islam, lambang negara, tumpuan kesetiaan dan perpaduan
  6. Dibantu oleh Timbalan YDPA
  7. Kuasa isytihar darurat

Demokrasi Di Malaysia

Demokrasi berasal daripada perkataan Demos (rakyat) dan kratia (Pemerintahan) =

"Satu sistem politik yang memberikan ruang dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan. Pemerintah dari rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat."

Amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia:
  1. Pemilihan pemimpinan dibuat melalui sistem pilihanraya ( 5 tahun sekali)
  2. Dijalankan oleh SPR
  3. Ahli dilantik oleh YDPA
  4. Wakil yang dipilih menduduki Parlimen yang menjalankan pentadbiran melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Prinsip Utama Sistem Demokrasi:

  1. Parlimen
  2. Dewan Negara
  3. Dewan Rakyat
  4. Kebebasan Asasi
  5. Raja Berperlembagaan
  6. Perlembagaan
  7. Ketua Negeri
  8. Pilihan Raya


Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Konsep Kewarganegaraan:

“Penduduk sebuah negara atau bangsa yang berdasarkan Sebagai "penduduk sebuah negara atau bangsa yang berdasarkan keturunan, tempat kelahiran, dan sebagainya mempunyai kewajiban dan hak penuh sebagai seorang warga dari negara itu”

Warga suatu negara yang ditetapkan berdasarkan peraturan perundangan”. Keturunan, tempat kelahiran, dan sebagainya mempunyai hak penuh dan kewajipan sebagai seorang warga negara dari itu.

Encyclopedia Americana memberikan definisi tentang kewarganegaraan: "Kewarganegaraan adalah suatu hubungan antara individu dan negara melibatkan individu penuh keahlian politik di negara bahagian dan tetap setia kepada itu."

Kewarganegaraan iaitu "Merupakan Suatu keahlian kepada sebuah komuniti politik yang kini lebih biasa Merupakan sebuah negara yang membawa penyertaan hak-hak politik. Seorang individu yang memiliki keahlian ini dinamakan warga negara



Sistem Saraf Parasimpatetik

Merupakan sistem saraf autonomik(luar kawal).
Bertindak berlawanan dengan sistem saraf simpatetik.

Bahagian Parasimpatetik:

Mempunyai dua set neuron – praganglionik dan postganglionik dengan ganglion di antaranya.
Jasad sel neuron praganglionik terletak di batang otak(bahagian kranium) dan segmen sakrum(bahagian sakrum).

(a) Bahagian Kranium
Serat parasimpatetik praganglionik yang berasal di batang otak meninggalkan otak melalui saraf kranial dan serat postganglionik menuju ke otot licin dan kalenjar.

(b) Bahagian sakrum
Neuron parasimpatetik praganglionik berasal dari segmen S2 hingga S4 (spina). Serat ini bersinaps dengan neuron postganglionik di ganglion yang terletak berhampiran dengan organ yang dituju. Serat ini menghala ke bahagian distal kolon, rektum dan pundi kencing.


Sunday, August 7, 2011

Takrif Linguistik

Mangantar Simanjuntak (1986:1), psikolinguistik adalah gabungan dua patah kata iaitu psikologi dan linguistic yang merupakan dua disiplin yang berlainan dan berdiri sendiri.

Menurut Aitchison (1987:119), psikolinguistik sering kali ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi. Bidang kajian ini menyelidik apa yang berlaku dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan.


Kesan Pertumbuhan Dan Tumpuan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL:

i. Kesan terhadap geomorfologi - penebukan bukit.
ii. Kesan terhadap sistem hidrologi - laut, tasik, kolam, sungai.
tadahan hujan.
iii. Kesan terhadap atmosfera - bahangan, kerpasan, suhu, kabut, kelembapan udara.
iv. Kesan ke atas sistem ekologi - organisme-organisme hidup dan persekitarannya.

Friday, August 5, 2011

Maksud Perbandaran

MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI:

Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.

ASPEK-ASPEK PROSES PEMBANDARAN

i. pertambahan jumlah dan peratus poenduduk yang tinggal di kawasan bandar –bandar- lebih 10 000 orang
ii. perluasan saiz bandar , pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem pengangkutan, pertambahan fingsi bandar dll
iii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi tradisional /pertanian kepada eknomi moden seperti perkilanagan, perkhidmatan, perniagaan, perdaga gan dll
iv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepoda nilai dan gaya hidup bandar yahg lebih moden

Langkah Seimbangkan Taburan Penduduk

a) Membangunkan kawasan luar Bandar
b) Menyediakan kemudahan pembandaran di kawasan luar Bandar
c) Membina pusat-pusat pengajian tinggi di luar bandar
d) Mengadakan rancangan-rancangan pembangunan wilayah- pembukaan wilayah baru
e) Memodenkan sector pertanian
f) Membawa industri ke kawasan luar bandar.

Monday, August 1, 2011

Faktor Taburan Penduduk Tidak Seimbang


a) Faktor Fizikal

i. bentuk muka bumi yang berbeza – tanah tinggi – jarang penduduk
tanah rendah – tumpuan penduduk

b) Faktor Ekonomi

i. pusat perindustrian
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perniagaan

c) Faktor Politik

i. pusat pentadbiran
ii. dasar kerajaan

d) Faktor Sosial

i. pusat pendidikan
ii. pusat kegiatan budaya dan social

e) Faktor kemudahan pengangkutan

i. jalan raya yang baik
ii. jalan kereta api yang baik
iii. pengangkutan awam yang cekap

f) Faktor Sejarah

i. Lebih awal dimajukan/dibuka/ diberi tumpuan
ii. Penghijrahan dari luar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...