Gunakan Fungsi Search Untuk Mencari Nota

Loading...

Wednesday, August 24, 2011

Definisi Semantik

Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).

Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...