Merupakan sistem saraf autonomik(luar kawal).
Bertindak berlawanan dengan sistem saraf simpatetik.
Bahagian Parasimpatetik:
Mempunyai dua set neuron – praganglionik dan postganglionik dengan ganglion di antaranya.
Jasad sel neuron praganglionik terletak di batang otak(bahagian kranium) dan segmen sakrum(bahagian sakrum).
(a) Bahagian Kranium
Serat parasimpatetik praganglionik yang berasal di batang otak meninggalkan otak melalui saraf kranial dan serat postganglionik menuju ke otot licin dan kalenjar.
(b) Bahagian sakrum
Neuron parasimpatetik praganglionik berasal dari segmen S2 hingga S4 (spina). Serat ini bersinaps dengan neuron postganglionik di ganglion yang terletak berhampiran dengan organ yang dituju. Serat ini menghala ke bahagian distal kolon, rektum dan pundi kencing.
1 comment:
kalu boleh kaitkan ddgn kaedah latihannya
Post a Comment