Suzuki Swift 2013
Berita terbaru dan dijangka rasmi ialah pihak Suzuki Malaysia akan melancarkan Model Swift baru 2013 ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang penulis difahamkan, Suzuki Swift 2013 ini dijanakan oleh enjin berkuasa 1.4 dengan kuasa setinggi 94hp dan tork setinggi 130Nm. Mungkin akan ada yang mengeluh kerana spesifikasi enjin dilihat diturunkan. Namun, mungkin ada penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pihak Suzuki untuk menjadikan enjin Suzuki Swift 2013 ini lebih baik. Suzuki Swift 2013 ini dilengkapi dengan rim aloi 16 inci berbanding 15 inci untuk model sebelumnya. Harganya?
Suzuki Swift 2013 1.4 A/T GLX = RM77,888.00 OTR (CBU)
Suzuki Swift 2013 1.4 A/T GLX-S = RM83,318.00 OTR (CBU)
Pendapat penulis, Suzuki Swift merupakan pilihan kepada pengguna yang mahukan sebuah kereta kompak yang nampak ekslusif dan bergaya serta mempunyai nilai jenama yang tinggi. Boleh penulis katakan kereta ini agak dipandang tinggi oleh masyarakat. Kalau ada pelajar atau graduan yang baru sahaja bekerja memandu kereta ini, pastinya akan keluar perkataan "Waaaahh, bawak Swift!" oleh mata yang memandang. Harganya boleh dikatakan agak tinggi namun tidaklah setinggi harga kereta kompak pencabar terdekat seperti Honda Jazz dan Volkswagen Polo. Bagi yang ingin mendapat Suzuki Swift pada harga yang lebih murah, anda boleh membeli model Suzuki Swift 1.5 A/T GX (CKD) pada harga RM65,901.50 OTR. Ianya adalah model Suzuki Swift 2011.
1 comment:
Salam...mintak kebenaran admin skit..
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK TEST DRIVE SUZUKI SWIFT 1.4 BARU ,
boleh la hubungi 017-9389697(eddie)
termasuk la admin skali dijemput..
lokasi PUTRAJAYA,BANGI ,KAJANG DAN KAWASAN SEKITAR..
sebarang pertanyaan sila hubungi
TEL:017-9389697
email:ads_chimomoi@yahoo.com
Post a Comment