ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA
1. Latar Belakang Masyarakat di Malaysia
Negara Malaysia – masyarakat majmuk – perlu ada polisi untuk wujud masyarakat Malaysia
Selepas merdeka – timbul kesedaran kuat para pemimpin PTM gubal polisi & langkah untuk wujudkan interaksi & hubungan yang lebih rapat antara kaum
Bermula dengan penubhan Parti Perikatan – UMNO, MIC, MCA – bentuk Kerajaan Perikatan
Di perkenalkan Dasar Kerajaan iaitu Penyata Abdul Razak 1956 & Penyata Abdul Rahman Talib 1960
Selepas peristiwa 13 Mei 1969 – Rukun Negara & Jabatan Perpaduan Negara telah dibentuk – pelaksanaan dasa pendidikan kebangsaan & pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan telah dipesatkan – mengurangkan jurang pemisahan antara kaum dan perpaduan serta muhibah dpat disemai
DEB (1971-1990) diperkenalkan
Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (1990-2000) dilancarkan untuk menyusuri dan melengkapkan DEB
1991 – Wawasan 2020 diperkenalkan – sembilan cabaran diperkenalkan : diringkaskan -
- pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu yang meletakkan masa hadapannya secara perkongsian bersama
Berintegrasi wilayah & kelompok etniknya
Menikmati kehidupan bersama yangs epenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan
Membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasa taat setia & pengabdian yang tidak berbelah bagi
Kenapa ini dilakukan : ?????????????????
Nyatanya – walaupun pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang padu yang boleh menjadi asas pembinaan sebuah tamadun Malaysia yang tersendiri belum jelas kelihatan namun bahasa Melayu merupakan satu-satnya aset dan khazanah yang paling berharga & berwibawa untuk membawa Malaysia ke arah itu
Suasana perhubungan yang baik antara kaum & pemeluk agama perlu wujud di Malaysia
Penyampaian dan interaksi orang islam dengan kumpulan etnik yang lain akan meningkatkan keterbukaan di kalangan mereka & keupayaan menerangkan Islam secara rasional, waras & penuh hikmah
Pelaksanaan Islam Hadari dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bertujuan mengurangkan sangka buruk & prejduis kaum lain terhadap Islam
Konsep Islam Hadari
Definisi – hadari - yang bertamadun - Islam Hadari – “Islamic Civilizational Approach” atau “Comprehensive Civilizational Approach To The Development In Malaysia”
Takrif lengkap
“ suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”
Berdasarkan takrif – Konsep Islam Hadari
Memberi penekanan kepada pembangunan & pembinaan tamadun dengan teras pandangan semesta paradigma tauhid
Melahirkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap Islam yang sebenar
Meransang kepada perubahan minda umat Islam & mengubah persepsi masyarakat terhadap agama Islam
Justifikasi Memperkenalkan Pendekatan Islam Hadhari
Memperkenalkan Islam sebagai suatu agama yang syumul dan komprehensif
Merupakan salah satu usaha kerajaaan untuk menguatkan & mengembangkan semula agama Islam
Membuat penekanan kepada pembangunan yang bersepadu & seimbang bagi melahrikan umat yang berilmu & beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia dll dalam menangani cabaran semasa dunia global
Juga penekanan kepada pembagunan ekonomi & tamadun menyeluruh
Menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan & kemajuan umat Islam masa kini dalam semua aspek kehidupan manusia
Dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagi sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020
2. 10 PRINSIP ISLAM HADARI
Keimanan & Ketakwaan Kepada Illahi
Kerajaan adil & beramanah
Rakyat Yang Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang & Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita
Keutuhan Budaya & Moral
Pemeliharaan Alam Semula jadi
Kekuatan Pertahanan
Keimanan & Ketakwaan Kepada Allah
Faham makna keimanan & ketakwaan
Teras utama kepada Islam Hadari
Al-Q & Al-H – teras pegangan & rujukan bagi pelaksanaan pemerintahan
Gabungan kemantapan akidah, syariah & akhlak -faham makna akidah, syariah & akhlak dengan mendalam
Ketiga2 teras perancangan & pelaksanaan pembangunan diri & pengurusan
Menerangkan tentang kebebasan agama & tiada paksaan dalam Islam
Kerajaan Adil & Beramanah
Faham maksud adil & beramanah
Adil dalam semua aspek – ekonomi, politik, sosial dll
Adil kepada semua manusia
Melahirkan negara Islam yang baik & maju
Rakyat Yang Merdeka
Melahirkan masyarakat yang cintakan negara, kreatif, inivatif, terbuka, toleransi dll
merdeka dalam semua aspek – bukan ketenteraan sahaja
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Ilmu – asas penting kekuatan tamadun
Meningkatkan kualiti sistem pendidikan
Pembangunan intelek, jasmani, rohani & emosi yang seimbang
Tanpa ilmu masyarakat mundur & lemah – penting ilmu agama
Mundur & lemah umat Islam :-
Kurang penghayatan agama - Ibnu Khaldun
Jumud (beku) pemikiran & tersebar banyak hadis tidak sahih (daif) – Sheikh Muhammad Abduh
Masyarakat Islam masih banyak percaya kepada khurafat – Jamaludian al-Afghani
Perkara2 bidaah bercampur dengan akidah – Ibnu Taimiyyah
Pembangunan Ekonomi Seimbang & Komprehansif
Pembangunan ekonomi penting – seimbang –
Moral & etika elak penyelewengan
Sistem ekonomi Islam diperkenalkan
Peranan sektor swasta & awam
Membuka peluang kepada semua kaum tanpa mengira status
Kemajuan ekonomi selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum
Kehidupan Berkualiti
Melalui penguasaan ilmu & kepakaran
Pembangunan insan & kerohanian
Pembangunan kesihatan & fizikal
Pembangunan ekonomi
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita
Kumpulan minoriti – orang asli & peribumi, golongan kurang upaya, kaum2 lain
Diberi hak yang sama – faham warganegara
Perlukan perlindungan
Keupayaan menjaga hak – Islam dipandang tinggi – modul negara Madinah
Keutuhan Budaya Dan Moral
Identiti masyarakat – Identiti Negara
Kepelbagaian budaya dan agama berasaskan sistem nilai dan akhlak yang murni dan luhur.
Gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu sebagai cabaran utama
Kemajuan kebendaan perlu didasari oleh nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur.
Peranan semua pihak – pastikan disemai dalam diri setiap individu
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Konsep hubungan manusia dengan alam sekitar dalam Islam
Pembangunan mesti mengambilkira aspek kestabilan eko-sistem
Deklarasi Rio De Janerio (1993) dan protokol Kyoto (1997)
Deklarasi langkawi memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.
Pengurusan alam sekitar menggunakan kaedah yang seimbang dan menyeluruh
Kekuatan Pertahanan
Kekuatan pertahanan meliputi aspek kekuatan persenjataan, ketenteraan dan kekuatan diri, fizikal dan spritual (al-anfal:60)
Kekuatan ketenteraan untuk mempertahankan diri bukan untuk menyerang, menceroboh dan menguasai bangsa lain
Kekuatan ketenteraan menjamin kestabilan, keamanan, keselamatan negara dan proses pembangunan berterusan
Senario politik dunia menuntut kekuatan ketenteraan
Oleh itu, Islam hadari memberi penekanan kepada pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban
Dicanai menurut ajaran Islam tanpa mengenepikan usaha untuk mempertingkatkan mutu kehidupan rakyat Malaysia
Semua prisip ini – nadi kepada masyarakat Malaysia untuk berubah
2 comments:
Nota ini telah banyak membantu saya. Terima kasih. Saya telah membaca sebuah buku tentang prinsip Penguasaan Ilmu Pengetahuan dalam Islam Hadhari, namun saya tidak memahami salah satu subtopiknyaiaitu Aplikasi Prinsip Penguasaan Ilmu PengetahuanDi Dalam Sorotan Sejarah Alam Melayu. Bolehkan anda membantu saya? Saya perlukan nota berkenaan subtopik ini.
Terima kasih banyak2.... saya mohon izin ambil nota2 tersebut utk rujukan.
Post a Comment