Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, September 1, 2009

Konsep kendiri

Konsep kendiri

Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. konsep kendiri meliputi persepsi temntang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehan nya meliputi keyakinan dan hrga dirinya. Carl Rogers ( 1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang cirri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats ( 1963 ) berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu;

i. tanggapan diri seseorang individu.

ii. proses yang menentukan tingkahlaku seseorang individu.

Menurut Sharifah Alawiah ( 1987 ) kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkahlaku perasaan dan fikiran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...