Bidang semantik merupakan bidang kajian linguistik yang paling sukar.
Kerana untuk mengkaji makna, kita juga harus melihat aspek kebudayaan, konteks, psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dsbnya.
Pada awal abad ke-20 para pengkaji hanya berminat kepada aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan makna sesuatu perkataan.
Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa.
Pada tahun 1930-an, kajian semantik hanya tertumpu kepada semantik huraian.
Pada pertengahan dan akhir abad ke-20, bidang semantik semakin popular dengan lahirnya golongan linguistik transformasi.
Semantik dianggap sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa.
Banyak teori tentang timbulnya bahasa dan bagaimana bahasa tersebut berhubungan dengan makna telah dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa.
Antara yang utama ialah teori imejan, teori behaviorisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik.
No comments:
Post a Comment