uTeori ini bermaksud makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang.
uBila sesuatu perkataan disebut, didengar atau dibaca, maka mental atau fikiran akan menggambarkan maksud perkataan tersebut.
uFikiran akan memberi tafsiran-tafsiran tertentu terhadap perkataan itu.
uTeori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional.
uMereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan dapat ditafsirkan secara otomatik oleh fikiran masing-masing.
uMasalah teori ini:
uApabila seseorang itu tidak dapat menentukan bentuk imej dengan tepat apa yang disebut oleh perkataan.
uImej yang muncul di dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang-lambang yang nyata dan objektif.
uImej yang muncul dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang-lambang yang nyata dan objektif.
uSatu contoh umum ialah mengenai rajah segi tiga.
uAdalah sukar bagi kita hendak menentukan apakah imej segi tiga yang ada pada otak seseorang itu.
1 comment:
boleh saya dapat kan sumber rujukan teori imej semantik nie? email kan ke farhanahanan@yahoo.com
Post a Comment