Cari Nota Dengan Cepat...!

Saturday, September 5, 2009

TEORI ONOMATOPEIA (Semantik)

Diperkenalkan oleh J. G. Herder yang melihat sumber bunyi daripada alam dan haiwan.
Penamaan sesuatu rujukan (benda) disesuaikan dengan bunyi yang dihasilkan oleh rujukan tersebut.
Bunyi ini ditiru oleh manusia untuk menamakan sesuatu benda atau haiwan itu.
Kadang-kadang bunyi tiruan ini ditambah untuk memudahkan sebutan.
Contoh: Nama cicak berdasarkan bunyi ‘cak..cak’ ditambah ‘ci’ menjadi ‘cicak’.
Nama cengkerik daripada bunyi ‘kerik..’ ditambah ‘ceng’ menjadi ‘cengkerik’.
Nama tekukur daripada bunyi ‘ku…kur’ ditambah ‘te’ menjadi ‘tekukur’.
Nama-nama binatang lain ialah burung pipit, gagak, kuak, kuar, miau (bagi kanak-kanak) dll.
Nama-nama benda yang terhasil daripada bunyi pula ialah gong, bom, keroncong, geledekan dll.
Nama-nama lain ialah seperti melempang, berdenting, berdering dll.
Suara angin berdesir di celah rimbunan daun.
Dari jauh kami mendengar desau air sungai.
Bunyi anak burung di atas pokok itu mencicit kerana lapar.
Harimau itu mengaum setelah melihat kami tiba.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...