Cari Nota Dengan Cepat...!

Wednesday, September 2, 2009

Konsep Semantik 2.

l Makna dan Rujukan

l Menurut Ferdinand de Saussure: Perkataan dizahirkan melalui alat pengucapan manusia. Bunyi bahasa yang diucapkan merupakan penjelmaan makna yang ada dalam fikiran penutur.

l Chomsky berpendapat: Erti sesuatu ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks (persekitaran) apabila ayat digunakan.

l Menurut Rupert Firth: Bahasa mempunyai 5 tingkat, iaitu tingkat fonetik, tingkat leksikon, tingkat morfologi, tingkat sintaksis dan tingkat semantik.

l Unsur fonetik ialah fonem.

l Unsur leksikon ialah kata.

l Unsur morfologi ialah morfem.

l Unsur sintaksis ialah kategori sintaksis.

l Unsur semantik ialah kategori semantik.

l Menurut Bloomfield: Makna hanya dapat difahami.Pemahaman hanya ada dalam akal fkiran dan manusia.

l Kata dasar mempunyai satu atau lebih makna.

l Makna kata dasar berubah jika terdapat imbuhan, gandaan atau majmuk.

l Makna perkataan akan menjadi makna ayat.

l Makna ayat akan menjadi makna perenggan.

l Makna perenggan menjadi makna wacana.


l Perkataan

l Ahli-ahli bahasa berpendapat lahirnya sesuatu perkataan atau nama berdasarkan:

l Peniruan bunyi

l Tanggapan khusus

l Sifat

l Nama pencipta

l Tempat asal

l Bahan

l Kiasan

l Bahasa daerah


l Berdasarkan Peniruan Bunyi

l Teori peniruan bunyi atau onomatopeia dianggap sebagai asas yang primitif dalam menyebut perkataan.

l Walaupun primitif, tetapi masih digunakan hingga sekarang.

l Contoh: Nama bom dari bunyi ‘bum’.

l Angklung dari bunyi ‘klung’ buluh.

l Contoh lain: Burung gagak, pipit, cengkerit dsbnya.


l Berdasarkan Tanggapan Khusus

l Nama atau perkataan yang lahir berdasarkan sesuatu yang khusus.

l Contohnya: Bila disebut minum ‘kopi’ bermakna di dalamnya dicampur kopi, susu dan air panas. Manakala bekasnya terdiri daripada cawan, piring dan sudu.

l Tanggapan khusus ini difahami oleh kebanyakan orang.


l Berdasarkan Sifat

l Nama atau perkataan yang dicipta berdasarkan sifatnya.

l Misalnya Along panggilan bagi anak pertama kerana sifatnya sebagai anak sulung. Contoh lain: Angah dll.

l Segenting Kera kerana sifat kawasan itu yang genting atau hampir putus.

l Panggilan Bob biasanya untuk orang yang berbadan besar atau gemuk.


l Berdasarkan Nama Pencipta

l Nama yang diberikan berasaskan nama penciptanya.

l Misalnya tayar Dunlop, kereta Ford, kereta dan motoskal Honda, basikal Raleigh dsbnya.

l Contoh lain Tembok Gavion, radio Philips dsbnya.

l Berdasarkan Tempat Asal

l Nama atau perkataan berdasarkan tempat mula-mula ia dicipta atau tempat asalnya.

l Nama atau perkataan berkenaan juga digunakan sempena tempat asal orang yang mula-mula memperknalkannya.

l Contohnya: Mi bandung, nasi padang, laksa penang, mangga siam, ikan sardin, keropok losong, batik jawa dsbnya.


l Berdasarkan Bahan

l Nama atau perkataan yang diberi nama berdasarkan bahan.

l Contoh: minyak kelapa sawit, tepung beras, tepung gandum, selipar getah, kerusi rotan.

l Contoh lain: Tiang konkrit, rumah kayu, kain sutera, cincin emas dsbnya.


l Berdasarkan Kiasan

l Nama atau perkataan yang dicipta berdasarkan perkataan yang sedia ada dan dikias dengan perkataan lain sehingga menjadi perkataan baharu.

l Contoh: Mata hati, mata kail, mata angin, mata pisau, mata pencarian, mata-mata dsbnya.

l Kaki pukul, kaki botol, kaki betina dll.


l Berdasarkan Bahasa Daerah

l Terdapat juga nama atau perkataan yang dicipta berdasarkan bahasa daerah.

l Nama atau perkataan ini akhirnya menjadi perkataan yang universal dan diterima pakai oleh semua orang.

l Contohnya: laba (untung), semberono (sebarangan), nyonya, nyiur dan sebagainya.


l Makna Leksikal (Perkataan)

l Makna Ayat

l Ayat merupakan satu perkataan atau serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud.

l Makna ayat mungkin mempunyai satu, dua atau tiga iaitu makna tersurat, makna tersirat dan makna terselindung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...