Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, September 1, 2009

Teori Perkembangan Arnold Gesell.

Teori Perkembangan Arnold Gesell.

Menurut Gesel, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi. Selagi kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan tidak akan berjaya.

Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat;

Peringkat Pertama (0- 1 tahun )

Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan tangisan menarik perhatian.

Umur 4 bulan : mata boleh bergerak mengikut gerakan objek.

Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek.

Umur 7 bulan : boleh duduk dan merangkak.

Umur 12 bulan : boleh berdiri dan memegang objek tinggi.

Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )

Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap dan sudah mula tahu makna “ jangan”

Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun )

Boleh makan bersendirian dan mula bercakap dengan menggunakan ayat mudah.

Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )

Dapat naik basikal beroda tiga dan menerima arahan mudah.

Peringkat Kelima ( 5 tahun )

Telah mula mengemukakan soalan dan bersedia masuk prasekolah.

1 comment:

atiey said...

thank... dpt ngk pe yg lect mnta..he3..data yg mnarik..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...