Gunakan Fungsi Search Untuk Mencari Nota

Loading...

Thursday, August 27, 2009

Sejarah Tamadun, Tamadun Dunia.

Mengikut Frank Hole dan Robert F. Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam manusia yang tidak direkodkan secara bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga dikatakan zaman sebelum 3,500 SM.Zaman prasejarah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zaman batu awal (paleolitik) zaman batu pertengahan (mesolitik) dan juga zaman batu akhir (neolitik).

Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka.

Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.

Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok kecil. faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap.

Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.

Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas. Bentuknya boleh dikatakan kasar. Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya ditajamkan dan tanduk rusa dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.

Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alam semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya.

Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian mereka dibuat daripada kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang dan sebagainya. Semasa rusa berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa tersebut. Daging rusa telah dijadikan sebgai makanan dan kulitnya digunakan untuk dijadikan pakaian. Kulit ini kemudiannya disambung dengan tali kulit.

Orang Paleolitik tahu menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat. Pada permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran batu. Selain itu, ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil daripada usaha seseorang yang bersungguh-sungguh memperbaiki alat kayunya sehingga keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan mengumpulkan daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnya sehingga ia terbakar.

Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.

Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka.

Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan.

Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.

Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.

Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.

Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.

Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.

Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.

Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.

Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.

Jenis Ayat Majmuk.


Terdapat 3 jenis utama:
lAyat majmuk gabungan.
lAyat majmuk pancangan.
lAyat majmuk campuran.

Ayat majmuk gabungan
lAyat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contohnya:
1.Murid-murid berlari dan menyanyi.
2.Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3.Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri.
Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut.
Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan.
1.Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
2.Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.
Dalam contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).
Ayat majmuk pancangan .

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.

Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.


Ayat majmuk campuran.

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.

Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.

Biasanya, ayat jenis ini panjang.

Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.


Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.tutor.com.my/stpm/ayat_majmuk_pancangan/ayat_majmuk_pancangan.htm

Ayat Majmuk.

Definisi
lAyat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Contoh
1.Ali sedang membaca buka dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
a)Ali sedang membaca buku.
b)Fatimah sedang membuat latihan matematik.
2.Abu rajin tetapi adiknya malas.
a)Abu rajin.
b)Adiknya malas.
3.Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi.
a)Guru sekolah saya tekun
b)Guru sekolah saya berdedikasi
4.Dia membeli buku yang tebal.
a)Dia membeli buku.
b)Buku itu tebal.
5.Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.
a)Ayah mendapat berita.
b)Abang telah tamat latihan.



Wednesday, August 26, 2009

Huruf Konsonan Pinjaman Khusus.

Daripada 26 huruf konsonan itu, terdapat tiga huruf konsonan pinjaman yang kita gunakan secara tetap iaitu

q, v, dan x.


Huruf Q

Huruf q digunakan untuk mengeja kata istilah agama yang berasal daripada bahasa Arab iaitu:
i.Buraq
ii.Qadak
iii.Qadar
iv.Quran
v.Wuquf
vi.Qazaf
vii.Qasar
viii.Ununquadium
Huruf V
Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, misalnya:
i.Versi
ii.vitamin
iii.Vokasional
iv.Revolusi
v.Vertebrata
vi.Vaskular
vii.Vesikel
viii.Ventrikel
ix.Ovum
x.Vanadium
Huruf X
Huruf x hanya digunakan dalam beberapa istilah khusus. Contohnya:
i.Xenon
ii.Xenolit
iii.Xenomorf
iv.Xilofaj
v.Xilofon
vi.Xerofit
vii.X-ray
viii.Qulex
ix.ununhexium

Definisi Penanda Wacana

Penanda wacana merupakan kata, rangkai, kata, atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah, dan buah fikiran..



Monday, August 24, 2009

Falsafah Pendidikan Barat:Eksistenstialisme

Berpusatkan kepada fitrah kewujudan manusia
Manusia bertanggungjawab terhadap matlamat dan arah tuju kehidupan
Jenis kurikulum- bersifat estetik dan berfalsafah
Peranan guru- sbg pemangkin utk meluahkan perasaan dn emosi
Kaedah mengajar- berpusatkan aktiviti murid spt main peranan, simulasi
Peranan murid- melibatkan diri secara aktif

Falsafah Pendidikan Barat: Rekonstruktivisme

Sekolah sbg tempat meningkatkan kualiti hidup
Mengasaskan corak budaya dan menghapuskan penyakit sosial
Jenis kurikulum- sains sosial
Peranan guru- agen perubahan dan pembaharuan
Kaedah mengajar- berpusatkan murid dan penyelesaian masalah
Peranan murid- mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...