PERSAMAAN DAN
PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
Persamaan - wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara mereka
Dalam setiap tamadun – semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidup
Nilai itu mesti positif seperti dalam ????
Perbezaan – wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza – paling asas agama
PERSAMAAN & PERBEZAAN DILIHAT
Kekeluargaan & kemasyarakatan
Alam sekitar
Idea intelektual
Agama
Pendidikan
Persamaan Kekeluargaan
semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun
Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan
Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):-
Anak patuh pada ibu bapa
Adik patuh pada abang
Isteri patuh pada suami
Murid patuh pada guru
Rakyat patuh pada raja
Islam juga menyeru kepada perkara yang sama – pentingkan kekeluargaan – berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab
Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan – pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan
Persamaan Kemasyarakatan
Masyarakat juga dilihat sebagai unit penting dalam setiap tamadun kerana ???
Masyarakat adalah sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu
Tamadun Islam – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam)
Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata
( egalitarian)
Tidak wujud kelas hamba – semua manusia sama – takwa yang membezakan
Tamadun Cina – pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka - kuasa bapa atau lelaki adalah penting
Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina – sistem kelas dalam amsyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran
Tamadun India – masyarakat juga memainkan peranan penting – berbeza dengan tamadun lain – masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat
Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang
Zaman awal perkembangan Tamadun India – sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti
Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat
Perbezaan Kekeluargaan &
Kemasyarakatan
Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t
Persamaan Alam Sekitar
Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia
Confusius – alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan
Masyarakat Jepun tradisional – unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan – sembah batu adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan – “kami”
Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia
Persamaan Idea Intelektual
Juga dapat dtinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun masing-masing
Walaupun berbeza tamadun namun menyuaraan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan, dll
Falsafah tradisional menekankan moraliti @ akhlak sebagai asas kerajaan
Peranan & tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan & tanggungjawab pemerintah
Raja – gelaran tertinggi – mesti adil & ada akhlak yang baik
Kun Fu Tze (Confucius) – perkenalkan kod 17 perkara
Tamadun India - Kautilya
Tamadun Islam- penulis-penulis seperti al-Farabi, al-Ghazali dll – tumupan kepada pemimpin & kepimpinan
Bersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik – berbeza dengan sekularisme
Al-Quran * al-Hadis – panduan
Keadilan – prinsip utama – cth : Nabi Muhammad s.a.w
Tamadun Melayu – setia pada raja – zaman tradisional – wujud ungkapan “takkan Melayu menderhaka” Cth ; Hang Jebat
Sistem pemerintahan – Socrates dan Plato (Greek & Yunani) lahirkan idea sistem pemerintahan demokrasi – menghapuskan sistem pemusatan kuasa
Persamaan Agama (Teologi)
Semua agama menekankan konsep ketuhanan
Cth : agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteisme
Semua agama mempunyai doktrin & amalan2 tertentu
Yahudi, Kristian dan Islam – beberapa aspek-aspek tertentu sama seperti lonsep syurga, neraka, hari pembalasan dll
Konsep Buddihisme sama dengan Hinduisme – kelahiran semula & karma
Perbezaan Agama (Teologi)
Manifestasi ketuhanan yang berbeza – konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza
Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi
Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri
Mempunyai peranan yang sama dalam masyarakat
Sebagai tempat ibadah & upacara keagamaan
Persamaan Pendidikan
Semua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadai seseorang individu
Oleh itu tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab mulia
Dimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Ristian, Hindu dan agama-agama lain
Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang sebelum dia menguasai persekitaran luarannya – perlu tahu bagaimana transformasi berlaku dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan
Islam- konsep tauhid
Budhha & beberapa ajaran Hindu – transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri
Rumusan
Lebih mudah cari perbezaan daripada persamaan
Berbeza kerana setiap tamadun dibina atas unsur agama & budaya berbeza
Perkara paling asas – AGAMA
Cth : Islam, Barat, Cina
Perbezaan jangan jadikan penghalang usaha jalin hubungan baik dan harmoni antara setiap tamadun – misalnya ??????
Tamadun Barat Kontemporari dan Tamadun Islam berbeza dalam memahami matlamat & dasar wujudnya sebuah tamadun – lihat penekanan
Perbezaan inilah harus ditangani secara berhati-hati dan bertolak ansur – elakkan konflik terutama negara bermasyarakat majmuk
Oleh itu
persamaan & perbezaan memang wujud
Lihatlah perbezaan bukan penghalang untuk hidup dalam aman dan harmoni
Jangan jadikan perbezaan ini juga alasan untuk hidup terasing & pentingkan diri sendiri
Jangan perbesarkan perbezaan sebuah tamadun – anggap itu satu keunikan
Lihat persamaan sebagai peluang untuk jalin hubungan yang baik
Paling penting amalkan sikap hormat-menghormati & mengiktiraf tamadun orang lain
Cabaran Terhadap
Kehidupan Bertamadun
Peperangan
Kuat atasi lemah
Konflik antara agama dan kaum
Masalah / Kegawatan Sosial
Kemuliaan insan
Keadilan sosial
Keruntuhan institusi kekeluargaan
Penyakit kronik
Kemelesetan Ekonomi Dunia / Negara
Peperangan
Berlaku perang – kuat atasi lemah
konflik agama dan kaum
Berlaku sejak abad ke -20 – sudah hadapi tiga perang
Perang Dunia Pertama (1914-1919)
Perang Dunia Kedua (1939-1945)
Perang Dingin (1947-1992)
Kini matlamat perang lebih kejam – penghapusan etnik
Kenapa ini berlaku ?????
Masalah kegawatan sosial
Krisis sosial yang merosakkan kehidupan manusia
Kehidupan pasca moden – budaya dan nilai negatif semakin merebak – agama dan nilai murni diketepikan
dilihat dqlam .....
Kemuliaan insan
Ukuran tingkat peradaban sesebuah masyarakat
Nilai-nilai murni terhakis – nilai indivisualistik & nilai materialistik berkembang – terpengaruh dengan nilai Tamadun Barat – tiada penekanan kehidupan bermasyarakat
Ancaman kepada hubungan sesama manusia
ii. Keadilan sosial
Tidak seimbang dari segi pengagihan kekayaan – wujud jurang ekonomi
Kuasa-kuasa besar menindas negara-negara miskin dan eksploitasi kekayaan negara yang ditindas – gunakan kuasa
iii. Keruntuhan institusi kekeluargaan
Semakin lemah diserapkan dengan unsur modenisasi
Juga terpengaruh dengan Tamadun Barat Moden – institusi kekeluargaan & perkahwinan tidak lagi penting
Dilihat :-
Kefahaman tentang makna perkahwinan
kehidupan bersedudukan
hubungan sonsang
iv. Penyakit kronik muncul
Mengancam kelangsungan kehidupan manusia
Kelangsungan tamadun terjejas & masyarakat dalam tamadun akan mundur
Kemelesetan Ekonomi Dunia / Negara
Kemakmuran (century properties) akan terjejas dengan ancaman kemelesetan ekonomi dunia yang akan berlaku
Negara-negara industri utama dunia (G-7) – alami kadar pertumbuhan perlahan sejak dekad 80-an – beri kesan secara langusng atau tidak kepada negara lain
Cth : kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lembap (1995-2000) – aliran perdagangan perlahan antara negara berkenaan dengan rantau Asia
Cth : ekonomi Asia Timur belum pulih sepenuhya daripada kegawatan ekonomi akibat serangan mata wang ( 1996-1998)
Cth : Pencerobohan Amerika & Britain ke atas Iraq – beri kesan buruk ekonomi dunia – risiko kenaikan harga minyak & kos pengangkutan – perlu ambil masa panjang bagi mengatasi masalah ini
Pembangunan ekonomi dan kebendaan tidak bersepadu dengan pembangunan rohaniah
Penyakit sosial merebak
Aspek kemanusiaan tidak lagi menjadi penting
Rumusan
Kehidupan pada abad ini tidak semudah yang dijangka
Banyak cabaran yang dihadapi manusia – semua cabaran menguji ketamadunan mereka
Dalam masa sama manusia mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang – dalam sekelip mata semua ni boleh dihancurkan oleh manusia
8 comments:
bagusla info ni kpd student
CANTEKK.........
terima kasih sebab buat nota ini.. ia banyak membantu dalam asignment saya
Tengkiu ya kerna share ilmu~~
terima kasih kerana info ini...
post ini banyak membantu sya dalam membuat prezentation..trimas..
tq . sy tgk ni utk rujukan final exam sy . moga masuk yg n . wish me luck ;)
tq . sy tgk ni utk rujukan final exam sy . moga masuk yg n . wish me luck ;)
Post a Comment