Cari Nota Dengan Cepat...!

Wednesday, September 16, 2009

Teori Pembelajaran Kognitif

}Teori Pembelajaran Kognitif
}Pelopor dan prinsip
}Wolfgang Kohler (1887-1967)
}Terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal.
}Menjalankan kajian ke atas 5 ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan.
}Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian.

}Kohler dan pembelajaran celik akal
}Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu).
}Tidak lama kemudian, Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang tersebut.
}Kajian lain (Kohler)
}Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan.
}Sultan tidak berjaya mencapai pisang tersebut.
}Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung.
}Sultan pun melompat daripada kotak itu lalu mencapai pisang tersebut.

}Prinsip pembelajaran celik akal Kohler
}Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah dengan cara yang agak mendadak.
}Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.

}Jerome Seymour Bruner (1915-sekarang)
}Tokoh utama revolusi kognitif.
}Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan.
}Pembelajaran adalah satu proses sosial aktif.
}Pembelajaran berlaku mengikut 3 langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.
}Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.

}Persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep, (mempercepat atau melambat).
}Murid lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.

}Pembelajaran penemuan Bruner
}Konsep mengetahui adalah satu proses.
}Apabila murid diberi situasi agak kompleks, mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian.
}Apa itu pembelajaran penemuan? Pembelajaran ini menggalakkan murid menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif.
}Guru bermula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum.

}David Ausubel (1918-kini)
}Banyak mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizers.
}Ia adalah satu unit pengajaran yang dgunakan sebelum pengajaran langsung.
}Ia juga memudahkan pembelajaran khususnya aspek pemahaman dan mengingat kembali.

}Advance organizers
}Advance organizers diklasifikasikan sebagai satu kaedah deduktif.
}Bermula dengan sesuatu yang umum dan berakhir dengan khusus.
}Guru perlu menyusun maklumat supaya murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.

}Contoh AO ialah graphic organizer.

}Ausubel dan pembelajaran bermakna.
}Derivative subsumption, memerihalkan pembelajaran di mana maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang pernah kita pelajari.
}Correlative subsumption. (Rujuk buku)

}Rumusan
}Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran.
}Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari.
}Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan.
}Pengetahuan biasanya disusun sistematik.
}Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari.

}Implikasi terhadap P&P
}Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan.
}Guru berperanan sebagai fasilitator dalam P&P.
}Guru perlu sedar murid mungkin berada dalam mod pembelajaran yang berbeza.
}Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang padan dengan tahap kognitif mereka.

3 comments:

anna said...

tq,,,membantu utk tugasan...

Ched Boyak said...

terima kasih.sangat membantu

asLam_sHam said...

tq.. sgt membantu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...