Cari Nota Dengan Cepat...!

Sunday, December 30, 2012

Blog Wanita Popular

Pada entry yang lepas, penulis telah membuat senarai blog popular di Malaysia. Namun, situasi zaman sekarang melihat blog-blog popular di Malaysia telah dikuasai oleh penulis blog wanita. Antara faktor yang menjadikan blog wanita mudah popular adalah kerana ia ditulis oleh awek-awek cun. Hehe. 

Ada pakej seperti rupa, pendidikan tinggi, kehidupan yang menarik dan pandai mengambil gambar yang menarik menjadikan blog awek cun ini mudah popular dan diingati. Ada yang menulis tentang tempat-tempat yang mereka pergi melancong, fesyen, tips kecantikan dan dunia kampus. Jadi, di bawah ini terdapat beberapa senarai yang bagi penulis merupakan blog wanita popular di Malaysia. Jom terjah! Jangan tergoda pulak dengan awek-awek cun di bawah. Hahaha

1. http://inibelogsaya.blogspot.com/

Rasanya kebanyakan blogger kenal blog ini. Penulisnya bernama Hanis Zalikha. Merupakan seorang model dan pelakon. Selalu bercerita tentang kehidupannya, melancong dan tips kecantikan. Baru-baru ini penulis menonton drama bertajuk Mariam Kampung Putat. Memang kelakar drama tu. Semoga Hanis Zalikha terus berjaya dalam bidang yang diceburi!

2. http://honeykoyuki.blogspot.com/

Blog ini pun popular dalam kalangan blogger. Penulisnya bernama Fatin Liyana. Banyak menulis dan berkongsi tentang tips kecantikan, fesyen dan melancong. 

3. http://irinenadia.blogspot.com/

Penulis blog ini bernama Irine Nadia Marcello dan baru sahaja melangsungkan perkahwinannya. Tahniah! Blog ini terdapat banyak gambar-gambar yang cantik. Best!

4. http://nurulism.com/

Penulis merupakan seorang ibu muda. Telah mula menulis sejak tahun 2005 lagi! Lama tu! Sekarang penulis blog ini sedang tinggal di Australia bersama suaminya.

5. http://weirdbella.blogspot.com/

Ok, penulis blog ini memang cantik dan menamakan blog dia sebagai Bella De La Rosa. Selalu bercerita tentang makanan dan tempat makan yang best-best. Jadi siapa nak cari idea nak makan di mana, boleh baca blog dia ni. Best!

6. http://miniheaxabell.blogspot.com/

Penulis blog ini meruapakan awek cun macam chinese. Pun baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Banyak berkongsi tentang kecantikan dan kehidupannya. Memanggil dirinya sebagai amoi.

7. http://nurulain8888.blogspot.com/

Penulis blog ini berkongsi tentang kisah percintaan mereka sehingga perkahwinan. 

8. http://www.ailylrozanna.com/

Penulis blog ini merupakan awek cun ala-ala Japanese. Namanya Ailyl Rozana. Hehe. Tapi dah kahwin dan merupakan seorang ibu kepada bayi yang comel. Banyak berkongsi resepi masakan dan kehidupannya.

9. http://peliks.blogspot.com/

Penulis blog ini bernama Maria Elena. Sudah pun melangsungkan perkahwinan. Huhu. Penulis blog ini memang sempoi dan kelakar!

10. http://penmerah.com/

Blog penmerah dot com ini memang popular sangat. Banyak berkongsi tentang info-info menarik. Terdapat kira-kira 1juta yang like page blog dia. Fuhhh! Hebat!

p/s : Kebanyakan penulis blog wanita ini menggunakan blogspot sahaja. Pun boleh popular. Huhu

Friday, December 28, 2012

Kebudayaan Melayu dalam Filem Melayu Moden

Kebudayaan Melayu dalam Filem Moden


  1. Gila-gila Gemaja
  2. Sembilu 1 & 2
  3. Maria Mariana 1 & 2
  4. X-xray 1 dan 2
  5. Senario The Movie Episod 1,2 
  6. Pontianak Harum Sundal Malam
  7. Puteri Gunung Ledang
  8. Gubra, Sepet.
  9. Baik Punya Cilok, Setem, Papadom.
  10. Jangan Pandang Belakang.
  11. Khurafat
  12. Zombie Kampung Pisang, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah.
  13. 2 Alam



Kurang menonjolkan budaya Kemelayuan berbanding filem Melayu klasik. Menerima pengaruh dari luar khususnya barat. Contoh: Gila-gila Remaja, Revolusi KL Drift.

Sistem pendidikan yang telah maju. Rata-rata ahli masyarakat mempunyai kerjaya tersendiri.

Masih berpegang kepada kepercayaan tahyul. Contoh: Khurafat, Jangan Pandang Belakang.

Penggunaan bahasa pasar yang kian meluas. Elemen sastera tidak lagi disisipkan.

Seni Tarian, Muzik menerima pengaruh daripada luar khususnya barat.

Semangat kejiranan: Zombie Kg Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet.

Rumusan:


Sejak kebelakangan ini terdapat banyak filem-filem yang termasuk dalam kategori jutaan ringgit hasil kutipannya. Prestasi filem-filem ini dalam pasaran amat  cemerlang. Oleh itu sumbangan pembikin filem tersebut dapat membantu ekonomi negara. Walaubagaimanapun bukan aspek pasaran dan pulangan yang lumayan sahaja yang seharusnya diberi perhatian. Filem itu akan menjadi tempang kalau hanya memikirkan bagaimana mahu menjualnya, tetapi tidak memikirkan apa yang mahu dijual dalam filem itu. Seharusnya yang diukur kecemerlangannya bukan kepada jumlah kutipannya tetapi nilai intelektual dan budaya ilmunya untuk khalayak. Keghairahan menilai filem melalui ukuran perniagaan membuat kita terlupa mengukur filem dari perspektif lain.




Kebudayaan Melayu Dalam Filem Melayu Klasik

Terbahagi Kepada Tiga:


1. Politik 
2. Sosial 
3. Ekonomi

Bidang Politik dalam Filem Melayu Klasik

Golongan pemerintah dan golongan rakyatContoh : filem Lancang Kuning, Hang Tuah

Raja berkuasa mutlak dan berhak menghukum sesiapa sahaja. Contoh: Nujum Pak Belalang, Sultan Mahmud Mangkat di Julang, Hang Tuah.

Menunjukkan perbezaan kasta dalam institusisosial. Contoh : Sri Mersing

Sistem kekeluargaan yang rapuh, anak sulung lebih berhak mendapat harta yang lebih berbanding anak bongsu. Contoh: 3 Abdul

Sosial:

Bidang Sosial dalam Filem Melayu Klasik : kesenian, agama Islam, adat, kepercayaan, bahasa, nilai, pendidikan, perubatan, pakaian.

Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri : Hang Tuah, Wan Perkasa, Panglima Besi.

Kepercayaan terhadap perkara-perkara tahyul: Badang, Jula Juli Bintang Tujuh, Pawang, Roh Membela, Laksamana Do Re Mi.

Penggunaan laras bahasa sastera yang membawa maksud tersirat menunjukkan ketinggian budi pekerti: Sri Mersing (Pantun)

Semangat Kejiranan: Bujang Lapok

Tahap pendidikan yang rendah: Pendekar Bujang Lapok.

Pakaian : Tengkolok, keris, bersanggul, songket, kebaya tradisonal.

Tarian, muzik : Ala canggung, agogo, keroncong.

Ekonomi:

Masyarakat Melayu rata-ratanya digambarkan sebagai petani, nelayan, peniaga.


Kebudayaan Melayu Dalam Bahan Bukan Sastera

KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN BUKAN SASTERA

Pengenalan:


Kemajuan teknologi barat dalam bentuk hiburan yang dibawa masuk pemerintah kolonial British ke negara ini seperti penggunaan piring hitam, radio dan filem berjaya menyalurkan bahan-bahan budaya seumpama kepada orang ramai. Berasaskan teknologi itu muncul industri berkaitan yang memberikan peluang kepada orang Melayu menghasilkan bahan hiburan. Karyawan dan artis atau pelakon Melayu yang popular sejak di pentas bangsawan, memainkan peranan penting membawa pembaharuan kepada unsur-unsur seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan persembahan jenaka. Begitu juga tema dan jalan cerita yang dipersembahkan menerusi kisah-kisah fantasi.

Bahan Bukan Sastera:


Bahan ilmiah
Kajian
Kertas kerja
Rencana

Media komunikasi
Filem
Drama
Drama radio

Bahan Bukan Sastera. Kertas kerja:


Prof. Dr. Syed Hussein Alatas (1967) dalam kertas kerja beliau bertajuk Islam dan kebudayaan Melayu menyatakan :

1. Terdapat perpaduan antara Islam dan kebudayaan Melayu contohnya amalan bergotong-royong,berbudi bahasa, sopan santun, menghormati ibu bapa, menghormati hak jirandansebagainya.

2. Terdapat hubungan yang neutral, tidak bertentangan dengan norma masyarakat tetapi tidak dianjurkan oleh Islam contohnya upacara persandingan, adat istiadat melayu, pantang larang dan sebagainya.

3. Hubungan yang bertentangan dengan Islam. Sebagai contoh sikap taat buta kepada raja yang tidak patuh kepada ajaran Islam.
(Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah)

Media komunikasi : Filem


Terbahagi kepada dua :

Filem Melayu Klasik

Filem Melayu Moden

Filem Melayu Klasik (Contoh):


Filem-filem Tan Sri P.Ramlee sekitar 1950an

Hang Tuah

Sri Mersing

TunFatimah

LancangKuning

Chuchu Datok Merah

Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Puteri Gunong Ledang

Semerah Padi

Panglima Besi

Badang

Si Tanggang

Jula Juli Bintang Tujuh

Mat Bond

Panca Delima

Wan Perkasa

Ayer Mata Duyong

Pawang

Roh Membela

Bawang Merah Bawang Putih

Mata Syaitan

‡Mabuk Kepayang





Saturday, December 15, 2012

Awek Melayu Malaysia

Sepanjang bulan November-Disember ini, penulis banyak menonton filem-filem Melayu. Kebanyakan filem ini penulis menonton seorang diri memandangkan ramai kawan penulis kurang gemar menonton filem Melayu.  Antara filem tersebut ialah Istanbul Aku Datang, Pontianak VS Orang Minyak, Sepah The Movie, Strawberi Cinta dan Lagenda Budak Setan 2 Katrina.

Dalam banyak-banyak filem tersebut, bagi penulis yang betul-betul berpuas hati ialah Istanbul Aku Datang dan Lagenda Budak Setan 2 Katrina. Filem ini memperlihatkan keseriusan pembuat filem tersebut untuk menghasilkan filem yang berkualiti. Manakala filem-filem lain bagi penulis hanya untuk mengisi masa lapang. Filem-filem jenaka seperti Sepah The Movie dan Pontianak VS Orang Minyak tidaklah terlalu lawak namun masih mampu membuatkan penulis ketawa. Kebanyakan filem ini menggunakan awek-awek Melayu hot sebagai pelaris dan penyeri filem. Antara awek Melayu hot tersebut contohnya ialah Anzalna, Lana Nordin, Yana Samsudin dan Maya Karin.

Sebenarnya, di laman web Youtube terdapat banyak video Melayu dan filem pendek yang begitu menghiburkan namun menyelitkan beberapa mesej yang positif dan sinis. Sebagai contoh video di bawah dan telah menjadi sebutan pengguna internet sebelum ini. Jadi, selain daripada menonton filem di pawagam atau televisyen, anda boleh menonton video Melayu atau filem pendek di Youtube sebagai hiburan. Hanya taip di hujung jari!

Menggabungjalinkan Sastera Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Menggabungjalinkan Sastera  Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Adalah menjadi tugas guru untuk menerapkan kesasteraan ke dalam pengajaran mereka bagi memastikan kanak-kanak mendapat faedah daripadanya. Bagi mengabungjalinkan kesusasteraan dalam pendidikan prasekolah beberapa cara boleh digunakan oleh guru bagi menjayakan tujuan tersebut. Antaranya ialah:
a. Penggunaan Bahan Bacaan Asas
Penggunaan bahan bacaan Asas (basal) telah lama digunakan di United State bagi pengajaran sekolah rendah. Menurut Durkin (1987, Tomlinson dan Lynch-Brown) bahan bacaan asas adalah bacaan bersiri yang di peringkatkan daripada yang mudah meningkat kepada aras yang agak sukar peringkat demi peringkat. Bahan asas dalam program ini adalah buku bacaan bagi kanak-kanak, buku panduan guru, panduan penggunaan program secara keseluruhan dan sistem penilaian. Menurut Lapp, Flood dan Farnan 1992, (dalam Tomlinson dan Lynch Brown,1999) kekuatan bagi program yang berasaskan bahan bacaan berperingkat ini ialah ianya membantu guru dalam menyelenggarakan program bacaan secara sistematik. Ia membimbing guru serta membantu guru membuat keputusan mengenai bahan bacaan yang diperlukan oleh kanak-kanak pada peringkat tertentu. Ianya berasaskan teori bawah ke atas di mana pembacaan bermula daripada abjad dan berakhir dengan ayat. Setelah kanak-kanak boleh membaca, pelbagai jenis kesusasteraan akan diperkenalkan seperti sajak, bahasa berirama, cerita dan berbagai jenis bahan bacaan. Set bacaan asas yang baik akan turut mengambil kira mengenai aspek-aspek kesusasteraan disamping mengfokus kepada pengajaran berasaskan kemahiran fonik dan perbendaharaan kata. Sekiranya bahan bacaan asas tersebut tidak menyediakan buku yang berkualiti dari sudut kesusasteraan mungkin guru boleh memperkenalkan juga buku-buku lain yang berkualiti daripada aspek kesusasteraan untuk digunakan bersama-sama buku bacaan asas tersebut.
b.  Menggunakan buku  bagi  tema  tertentu
Bagi memudahkan guru menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan tema pada minggu tersebut, sediakan senarai buku yang akan digunakan bagi tema-tema tertentu sepanjang tahun. Misalnya tema seperti diri saya, keluarga saya, sekolah saya, pekerjaan, perayaan, bunga dan sayuran adalah tema-tema yang biasa digunakan di prasekolah-prasekolah. Pamerkan buku- buku yang mempunyai tema-tema ini di rak pameran semasa tema-tema ini berlangsung. Ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari maklumat atau membuat eksplorasi dengan lebih meluas lagi mengenai tema yang mereka pelajari. Guru boleh membacakan buku dan menunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana mencari maklumat menggunakan buku yang berkaitan dengan tema pembelajaran yang sedang dijalankan di bilik darjah.
       c . Penyediaan Sudut Literasi
Penyediaan persekitaran yang sesuai bagi pembacaan secara langsung akan menggalakkan pembacaan dalam kalangan kanak-kanak. Oleh kerana kanak-kanak menyukai warna yang terang, warna-warna sebegini bolehlah digunakan di pusat bacaan agar dapat menarik  perhatian kanak-kanak. Tempat yang agak terkepung juga disukai oleh kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka rasa terlindung dari laluan dan kebisingan. Jadikan sudut bacaan sebagai tempat yang selesa dengan berkarpet serta mempunyai banyak kusyen untuk kanak-kanak membaca dengan selesa. Sediakan rak pameran untuk mempamerkan buku yang dibaca oleh guru pada minggu itu agar mudah dilihat oleh kanak-kanak juga buku yang berkaitan dengan tema mingguan. Rak terbuka pula untuk menyimpan buku yang menjadi koleksi bilik darjah tersebut. Koleksi buku juga harus mengandungi pelbagai jenis buku bergambar dan buku-buku bacaan mudah. Selain dari itu alat perakam suara, buku interaktif dan juga komputer untuk digunakan oleh kanak-kanak di sudut bacaan. Ini akan meringankan beban guru untuk membacakan buku yang sama berulang-ulang kali kepada kanak-kanak. Ini kerana alat-alat tersebut dapat membantu dengan cara membacakan buku yang telah dibaca secara kuat kepada kanak-kanak pada bila-bila masa yang diperlukan oleh mereka. Guru juga boleh melibatkan kanak-kanak dalam pengurusan sudut bacaan ini dengan membenarkan mereka membersihkan sudut ini serta menyusun buku dan peralatan secara bergilir-gilir. Ajak mereka menukar hiasan dan beri mereka peluang untuk menyatakan idea mereka terhadap hiasan di sudut ini. Benarkan kanak-kanak menggunakan sudut ini secara bebas apabila mereka ada kelapangan seperti jika mereka menyudahi aktiviti pembelajaran lebih awal dari yang sepatutnya, semasa menunggu waktu pembelajaran bermula ataupun semasa menunggu waktu untuk pulang. Jadikan sudut bacaan ini aktif sepanjang masa dengan mengadakan aktiviti-aktiviti membaca yang boleh dijalankan secara bersendirian, bersama guru, bersama rakan dan juga dalam kumpulan yang kecil.
       d . Penyediaan Koleksi  Buku Kanak-kanak 
Sediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam prasekolah anda. Pada mulanya galakkan kanak-kanak membaca daripada jenis yang sama. Apabila mereka telah lancar dan suka membaca mereka akan menyukai meneroka bahan-bahan bacaan daripada jenis yang berlainan. Guru juga boleh memilih buku berdasarkan pengarang atau pelukis yang kanak-kanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis yang terkenal. Buku yang mempunyai nilai-nilai kesusasteraan yang merujuk kepada gaya bahasa, plot, watak dan juga berasaskan tema-tema tertentu juga boleh dijadikan koleksi.Guru perlu menyediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam sudut bacaan sebagai koleksi prasekolah. Pada mulanya galakkan kanak-kanak membaca daripada jenis yang sama. Apabila mereka telah lancar dan suka membaca mereka akan menyukai meneroka bahan- bahan bacaan daripada jenis yang berlainan. Guru juga boleh memilih buku berdasarkan pengarang atau pelukis yang kanak-kanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis yang terkenal. Buku juga boleh dikumpulkan berasaskan tema-tema tertentu.

Kesimpulan
Secara keseluruhanya buku cerita kanak-kanak amat berguna dalam usaha bagi membantu perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh. Oleh itu guru seharusnya mengambil peluang ini untuk menerapkan atau menggabungjalinkan bahan-bahan sastera di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Hasilnya akan dapat dilihat dalam bentuk pulangan jangka panjang iaitu kanak-kanak tersebut bukan hanya akan mempunyai minat membaca yang mendalam serta mempunyai kemahiran membaca yang tinggi, malah mereka juga akan turut berkembang dari segi kognitif serta membina sahsiah diri yang baik.


Rujukan
Allor, J. & Mc Cathreen. (2003). "Developing Emergent Literacy Skills Through
Storybook Reading." Intervention in School and Clinic.Vol.39 (Issue 2): p72-79.
Anselmo, S. F., W. (1995). Early Childhood Development Prenatal Through Age
Eight. NewJersey, Merill-Prentice Hall.
Glazer, J.I. (2000), Literature for Young Children. Prentice Hall. USA.
Harun Mat Piah (2000), Kesusasteraan Melayu Tradisional. DBP: KL.
Hewins,L & Wells, J. (1990). Real Books for Reading: Lerning to Read with
Children Literature. USA, Pembroke Pub.
Molina, S. N. (1981). Apakah sastera kanak-kanak khasnya buku bergambar. Bengkel Buku Bergambar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sastera kanak-kanak dari Perspektif Pendidikan

Sastera kanak-kanak dari Perspektif Pendidikan


Perkembangan  Kreativiti dan Estetika

Komponen Kreativiti dan Estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran (KPM, 2000). Guru-guru harus membantu kanak-kanak memperkembangkan pontesi kreativiti mereka dengan mengadakan peluang untuk mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kesenian yang menggunakan daya imaginasinya (Glaser, 2000). Guru yang baik memperkenalkan bentuk kesenian yang baru kepada kanak-kanak serta mengembangkan kemahiran ekspresi mereka secara beransur-ansur agar kanak-kanak dapat mengadaptasi maklumat baru dan menguasai teknik-teknik baru serta menggalakkan kanak-kanak menggunakan segala pontensi diri mereka yang kreatif. Potensi diri yang kreatif adalah cara penyelesaian masalah yang kreatif. Guru boleh menggalakkan dengan mengadakan suasana yang selamat di dalam bilik darjah agar kanak-kanak suka untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka. Selalu bertanyakan soalan dan mengadakan aktiviti yang bersifat terbuka supaya kanak-kanak dapat menjawabnya dengan pelbagai jawapan dan cara (Wardel, 2000). Kanak-kanak prasekolah memberikan respons kepada pelbagai bentuk seni. Tunjukkan kepada kanak-kanak yang setiap artis mempunyai cara tersendiri untuk melukis ilustrasinya (Glazer, 2000). Ini ditunjukkan melalui lukisan daripada pelbagai artis yang terkenal. Bantu kanak-kanak membuat pemerhatian dan membezakan hasil satu artis dengan artis yang lain. Sebagai lanjutan, libatkan kanak-kanak dalam aktiviti seni yang berkaitan dengan teknik yang digunakan oleh artis di dalam buku cerita. Kanak-kanak pada usia ini juga suka menggunakan sensori di dalam meneroka alam sekitar.  Bacakan buku yang mengenai penggunaan deria sensori mereka. Begitu juga kanak-kanak gemar menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka. Menurut Wardel, (2000), gunakan buku yang mempunyai lirik lagu dan perdengarkan iramanya kepada kanak-kanak atau guru boleh juga menggunakan CD yang berunsurkan  karaoke kepada kanak-kanak. Sambil mendengar lagu atau puisi galakkan juga kanak-kanak membuat pergerakan kreatif. Kanak-kanak pada usia ini juga suka menggunakan daya imaginasi mereka. Rancang pembacaan buku yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian dan minta pendapat kanak-kanak cara penyelesaian mereka. Dengan melakonkan semula cerita yang telah dibaca juga akan membantu imaginasi kanak-kanak (Wardel, 2000).

Thursday, December 13, 2012

Sastera kanak-kanak dari Perspektif Pendidikan


Sastera kanak-kanak dari Perspektif Pendidikan

Perkembangan Sosial

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat (KPM, 2000). Pada zaman ini kehidupan menjadi bertambah kompleks dan ini mengakibatkan kanak-kanak turut menerima sedikit sebanyak tekanan. Kanak-kanak memerlukan contoh bersosialisasi yang baik, dan mempelajari bagaimana untuk bersosialisasi dengan baik di dalam masyarakat. Dengan menggunakan buku, kanak-kanak akan melihat apa yang dilakukan oleh watak-watak di dalam buku bagi menyesuaikan diri di dalam kehidupan harian. Melalui model-model yang baik yang terdapat dalam buku cerita kanak-kanak mempelajari bagaimana hendak menangani isu-isu kehidupan. Menurut Tan et al (2003), secara amnya pembentukan pelakuan berlaku melalui proses mengenal pasti dan peniruan.  Menurut Bandura (Tan et al, 2003), kanak-kanak mempelajari sesuatu perlakuan melalui proses pemerhatian dan peniruan. Beliau telah banyak menjalankan kajian mengenai proses pemerhatian dan peniruan di dalam bilik darjah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian beliau menunjukkan kebanyakan pembelajaran manusia berlaku melalui proses pemerhatian dan peniruan. Menurut Piaget, kanak-kanak berusia dua tahun hingga keenam tahun bersikap egocentrik iaitu terlalu mementingkan dirinya sendiri. Walau bagaimanapun semakin meningkat usia mereka, pemikiran mereka mula berkembang dan mereka telah mula memahami orang lain (Tan et al, 2003). Glazer (2000) menyatakan peniruan boleh berlaku dengan menggunakan buku. Ini kerana melalui buku akan terdapat perlakuan-perlakuan yang prososial seperti bertolak ansur, menunggu giliran, meminta izin, memohon maaf dan sebagainya. Di sini kanak-kanak akan mempelajari dan mencontohi tingkah laku yang betul dan yang boleh diterima oleh masyarakat. Tambahan pula kanak-kanak di usia ini masih baru dalam proses bersosialisasi dan amat memerlukan contoh yang perlu diikuti oleh mereka. Melalui buku cerita juga kanak-kanak mempelajari mengenai perbezaan-perbezaan individu terutamanya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum. Melalui buku kanak-kanak akan mempelajari terdapat persamaan di antara mereka dengan rakan-rakan yang berlainan kaum seperti menyukai makanan atau mainan yang sama dan sebagainya dan terdapat perbezaan dari segi agama, rupa fizikal, budaya dan lain-lain lagi. Melalui cerita-cerita sebegini akan dapat menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa sejak dari usia muda lagi. Begitu juga melalui perwatakan di dalam buku kanak-kanak akan mengetahui cara yang baik bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, kemarahan mereka, kesedihan mereka dan kegembiraan mereka melalui cara yang sesuai. Melalui model yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam buku cerita tersebut kanak-kanak secara tidak langsung mempelajari bagaimana menangani masalah emosi mereka dengan cara yang sesuai (Lynch-Brown & Tomlinson,1999). Ilustrasi juga dapat memainkan peranan dalam perkembangan emosi kanak-kanak kerana ilustrasi di dalam buku berupaya menunjukkan perlakuan perlakuan positif dan negatif sesuatu watak. Ilustrasi yang baik akan menunjukkan emosi watak melalui mimik muka, perlakuan serta personaliti watak yang dapat diperhatikan oleh kanak-kanak. Oleh kerana gambar ini tidak  bergerak, ianya boleh diamati oleh kanak-kanak dan secara tidak langsung berlakulah peniruan. Oleh itu pelukis ilustrasi haruslah menggunakan peluang ini seluas-luasnya dalam menyampaikan tunjuk ajar yang positif kepada kanak-kanak.

Wednesday, December 12, 2012

Sastera kanak-kanak dari Perspektif Pendidikan


Sastera kanak-kanak dari Perspektif Pendidikan

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

Perkembangan bahasa dan komunikasi amat penting semasa kanak-kanak masih di peringkat prasekolah. Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PKK, 2000) menggariskan prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari. Sastera kanak-kanak boleh digunakan untuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Ini boleh dilakukan melalui bacaan secara kuat kepada kanak-kanak di bilik darjah. Melalui aktiviti bacaan secara kuat ini kanak-kanak akan berpeluang mendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis cerita yang telah didengar atau yang telah dibaca oleh mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003). Dengan mendengarkan pembacaan buku, secara tidak lansung kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatian mereka. Disamping itu juga pembacaan buku akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak. Bagi pembaca baru pula, membacakan buku secara kuat ini juga akan memperkenalkan cara menggunakan buku serta fungsi buku kepada mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003).

Menurut Tan et all (2003), Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada 6 peringkat yang memfokus kepada keupayaan kanak-kanak mengadili dan bagaimana mereka menyelesaikan dilema yang berkaitan dengan moral. Di peringkat pertama orientasi ke arah hukuman dan ketaatan iaitu mereka mengikuti peraturan kerana takutkan hukuman. Di peringkat kedua pula ialah melakukan sesuatu berdasarkan keinginan dan untuk mendapatkan sesuatu balasan. Apabila mereka telah semakin matang, mereka telah berubah kepada tahap 3 di mana mereka melakukan apa yang sepatutnya baik dilakukan oleh budak baik. Pada tahap ini kanak-kanak telah boleh menerima norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Menurut Glazer (2000), melalui cerita kanak-kanak akan mendapat pengajaran mengenai sebab dan akibat sesuatu perlakuan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Kohlberg kanak-kanak  pada ketika ini ingin melakukan sesuatu kerana takutkan hukuman dan inginkan balasan yang baik. Untuk orientasi seperti ini cerita yang menggambarkan perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat mendapat balasan buruk akan memberi pengajaran kepada kanak-kanak. Oleh itu cerita-cerita yang berbentuk tauladan amat sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak ketika ini. Melalui cerita juga kanak-kanak akan mendapat contoh-contoh perwatakan kanak-kanak yang dikatakan baik yang menjadi idola yang ingin diikuti oleh mereka seperti mana konsep seseorang budak yang baik.

Buku-buku yang banyak menggambarkan perlakuan prososial ini bolehlah dijadikan panduan oleh kanak-kanak yang sememangnya mencari-cari model yang baik yang boleh ditiru oleh mereka. Melalui pembacaan buku, kanak-kanak memperkukuhkan lagi konsep keadilan iaitu kanak-kanak dapat membuat penilaian mengenai perasaan orang lain. Mereka belajar memikirkan mengenai orang lain juga dan belajar bertolak ansur dalam kehidupan. Jadi mereka harus tahu bagaimana mengambil giliran, meminta izin, berkongsi sesuatu, mempelawa, dan lain-lain yang pada mulanya agak sukar dilakukan bagi usia mereka yang boleh digambarkan melalui perwatakan di dalam buku cerita kanak-kanak. Dari sudut kerohanian pula sememangnya sastera kanak-kanak  kaya dengan cerita-cerita anbiya dan juga kisah-kisah nabi. Guru boleh menggunakan cerita-cerita ini sebagai cara menyemaikan sifat kerohanian kepada kanak-kanak melalui kisah dan tauladan. Guru-guru juga perlu memastikan buku-buku tersebut adalah yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan guru boleh memperkenalkan istilah-istilah baharu yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam kurikulum kerohanian prasekolah. Bagi amalan-amalan dalam agama Islam seperti ibadah dan sebagainya boleh disampaikan menggunakan buku yang menerangkan perkara ini dengan jelas supaya mudah diikuti oleh kanak-kanak yang beragama Islam.

Fungsi sastera kanak-kanak dan remaja


Fungsi sastera kanak-kanak dan remaja

Sastera kanak-kanak dan sastera remaja merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana peranannya dalam memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut pembelajaran dan pengajaran. Sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang ditulis khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentuk penulisan kreatif dam imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburan dan dinilai oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
Sastera remaja pula merupakan hasil ciptaan pengkarya untuk menceritakan tentang kehidupan remaja, alam zahir dan alam batin remaja itu. Melalui perasaan-perasaan dan fikiran-fikiran yang dilahirkan dengan bantuan bahasa menjadikan seni sastera remaja sebagai satu hasil kehidupan jiwa yang terjelma yang menggambarkan kehidupan masyarakat remaja. Menurut Othman Puteh(1988:21) mengatakan bahawa sastera remaja merupakan bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja yang berusia sekitar 12-20 tahun. Bahan ini dikatakan sebagai relevan kerana segala hasil karya tanpa mengira genrenya yang dapat memperkaya pengalaman dan pengetahuan khalayak pembacanya, merangsang minat dan berupaya menghidupkan daya imaginasi lalu mendorong daya berfikir secara kritis dan selektif.
Kedua-dua genre ini baik sastera kanak-kanak mahupun sastera remaja mempunyai peranan masing-masing. Kedua-dua genre ini mempunyai fungsi yang sama, antaranya:

i.      Sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera. Misalnya sastera kanak-kanak menggunakan konsep cerita binatang yang berperanan sebagai wadah bagi mendekatkan sastera kepada kanak-kanak. Watak haiwan digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak. Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak yang secara semulajadinya menyukai haiwan dalam dunia realiti. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika watak haiwan ini dipindahkan ke alam karya penulisan. Selain itu, sastera remaja pula menggunakan konsep realiti kehidupan di mana remaja didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang pelbagai aspek dalam kehidupan seperti dalam bidang politik, sejarah, agama, psikologi dan falsafah. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada golongan ini mengenal realiti sebenar kehidupan. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika kehidupan realiti ini dipindahkan ke alam karya penulisan. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja berfungsi sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera.

ii. Sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak dan remaja. Ia diransang sewaktu mereka mengikuti plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca. Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan. Manakala golongan remaja sering didedahkan dengan pertandingan nyanyian, penulisan kreatif dan pelbagai lagi. Hal ini menjelaskan bidang sastera telah berkembang luas sehingga mampu menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja menceburi bidang ini dengan lebih mendalam.

iii. Sebagai medium hiburan untuk individu masyarakatnya. Masyarakat zaman dahulu atau golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional tidak mempunyai media hiburan untuk individu masyarakatnya. Oleh itu, pelbagai cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan menarik perhatian khalayaknya. Lazimnya hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan gambar-gambar yang menarik. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat menikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur. Manakala karya sastera bagi golongan remaja biasanya diselitkan adegan romantis dan mesra antara satu individu dengan satu individu yang lain kerana pada peringkat ini mereka melalui alam berkasih  sayang. Faktor perubahan hormon ini menyebabkan mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berkembang maju sebagai suatu medium hiburan yang bergerak seiring dengan permintaan khalayaknya.

iv. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita lisan telah menjadi medium yang penting untuk memberi nasihat dan pengajaran yang baik dan dijadikan panduan kepada setiap individu masyarakatnya. Hal ini dapat dilihat dalam sastera kanak-kanak melalui cerita-cerita binatang yang menjadikan haiwan sebagai watak-watak yang memberikan pelbagai pengajaran yang baik seperti mengisahkan tentang akibat orang yang tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti cerita “Anjing dengan Bayang-bayang”. Walaupun penggunaan watak haiwan diaplikasikan, namun ia pada akhirnya membawa mereka kepada nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita tersebut di mana cerita jenis ini mempunyai ciri interaktif dan dapat memberi kesan pada jiwa kanak-kanak. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja memainkan peranan penting dalam mendidik, khususnya bagi golongan kanak-kanak dan remaja yang belum mengetahui sistem pengajian yang bercorak formal.

v. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja juga berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak pembaca. Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang dalam hasil sastera kanak-kanak dan sastera remaja ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba  dan berkasih sayang. Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman kanak-kanak lagi. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca oleh mereka. Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai dan budi pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".  Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mampu berdiri sebagai alat yang dapat membantu khalayak pembacanya membina nilai-nilai murni.

vi. Sastera kanak-kanak dan remaja berfungsi sebagai keperluan material atau kebendaan. Keperluan material ini menggambarkan keadaan kehidupan fizikal yang serba lengkap dan istimewa khususnya dari segi material. Lazimnya, kanak-kanak akan terangsang dengan gambaran tempat kediaman istana atau rumah yang bangunannya besar dan indah dengan bilik-bilik yang dihiasi oleh pelbagai hiasan. Selain itu, putera-puterinya digambarkan kacak dan cantik rupawan dengan hiasan permata gemerlapan, pakaian cantik dan berwarna-warni serta majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan meriah dalam suasana yang gilang-gemilang dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari segala pelosok negeri. Jamuan yang dihidangkan pula pelbagai aneka. Hal ini dapat dilihat dalam cerita Puteri Kayangan dan cerita Alladin dan Lampu Ajaib. Ia mencabar proses imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha memikirkan cara untuk memiliki kepunyaan sendiri. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan remaja mampu berfungsi sebagai salah satu keperluan materi.

Kesimpulannya sastera kanak-kanak dan remaja bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti. Pengarang yang menghasilkan karya sastera kanak-kanak dan sastera remaja mestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut. Hal ini disebabkan golongan ini adalah golongan yang mudah diberi pendedahan bak kata pepatah “kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan.”  Oleh itu, setiap hasil karya sastera kanak-kanak dan remaja itu perlu mempunyai unsur yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak dan remaja sebagai generasi yang mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak dan remaja yang hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut. Tahap kecerdasan pemikiran seseorang kanak-kanak dan remaja itu terletak pada tahap keintelektualan pengarang itu sendiri.


Rujukan
1. Othman Puteh, (1987), Sastera  Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. http://atim8805.blogspot.com/2010/11/fungsi-sastera-kanak-kanak-dan-remaja


Tuesday, December 11, 2012

Sastera Awal Kanak-Kanak


Sastera Awal Kanak-Kanak

Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengan cara pengucapan atau bertulis. Sastera biasanya digunakan sebagai bahan hiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa (Atan Long, 1977). Hasil kreatif sastera itu mungkin terdiri daripada cerita, puisi, drama, cerpen, novel, hikayat, dan lain-lain karya. Justeru, sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan ini boleh dalam bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak, bahan seperti buku-buku bergambar yang berwarna;  dan bahan bacaan yang diaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyak untuk menarik minat kanak-kanak membaca. Bahan yang demikian sangat penting kerana kebolehan membaca  banyak bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti membaca buku cerita, melihat pelbagai jenis buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan mengumpulkan buku berwarna-warni. Hal ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik. Asas-asas bahasa ini akan terus berkembang mengikut pertambahan umur mereka. Satu konsep yang penting dalam pendidikan berhubung dengan pembacaan ini ialah kanak-kanak ini harus disediakan dengan “kesediaan atau persiapan sebelum membaca” atau “reading readiness”.

Monday, December 10, 2012

Definisi Sastera Awal Kanak-kanak


Definisi

Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan salah satu elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana, sastera awal kanak-kanak mampu memberi kan keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak.

Sunday, December 9, 2012

Kaedah / Pendekatan Dalam Kesusasteraan Bandingan


Kaedah / Pendekatan Dalam Kesusasteraan Bandingan

Mod Kajian
Terdapat dua mod kajian bandingan:
Merentas negara / bangsa (Transnational)
Merentas disiplin (Interdisciplinary)
 Di bawah Mod Merentas Negara (merentas ruang & masa):
1. Tematik [cinta, perang, ketaatan, pembelotan dll]
2. Generik [epik, novel, cerpen, sajak, drama dll]
3. Genetik [asal-usul, untung nasib, penerimaan, pengaruh, terjemahan 
   dll]
4. Keselarian
5. Konsentrik [holistik, bergerak dari pusat ke pinggir] 
Di bawah Mod Merentas Disiplin
1. Sastera dan seni lain (seni tampak, seni muzik, seni filem, seni pentas 
                  dll)
2. Sastera dan disiplin lain (psikologi, sosiologi, antropologi, sejarah dll)
3. Sastera dan kepercayaan (Islam, Kristian dll)

Kajian Antara Disiplin: Sastera dan Sosiologi / Ideologi
Merenung Mitos dalam Fiksyen: Karya Alatas dalam sebuah Cerpen Melayu Mutakhir

Tamiya Mini 4WD Malaysia


Sekitar tahun 1996-1999 dahulu, kanak-kanak di Malaysia zaman itu mesti pernah bermain kereta kecil yang dinamakan Tamiya Mini 4WD ataupun kereta Dash Yonkuro. Pengaruh kartun Dash Yonkuro di televisyen ketika itu telah mencetuskan fenomena. Kereta mainan tersebut yang dipacu menggunakan motor elektrik dan bateri bukanlah kereta mainan biasa, ianya adalah sebuah kereta mainan yang digunakan untuk berlumba. Bahkan kereta mainan tersebut boleh diubah suai dengan menambah beberapa aksesori supaya lebih laju dan sesuai dengan keadaan trek.

Kini, zaman tersebut sudah berlalu. Kanak-kanak pada zaman kereta tersebut pun pastinya sudah dewasa dan ada yang dah berkahwin. Namun, ingatan terhadap kereta Tamiya Mini 4WD tersebut pasti tidak dilupakan. Sebut sahaja nama-nama kereta tersebut seperti Emperor, Super Emperor, Shooting Star, Burning Sun dan Dancing Doll, pasti masih segar dalam ingatan. 

Pada tahun 2012, penulis melihat budaya kereta Mini 4WD ini mula meningkat kembali. Tamiya sendiri tidak pernah menghentikan pengeluaran kereta Mini 4WD ini bahkan sentiasa mengeluarkan inovasi dan teknologi baharu. Jika dahulu chassis Super-2 begitu popular, tetapi sekarang Tamiya telah memperkenalkan chassis baharu yang dinamakan MS.

Ok, kalau nak stay update berkaitan dunia kereta Mini 4WD ini, bolehla baca majalah online khas Tamiya Mini 4WD ini. Hidup kanak-kanak 90-an!


Majalan ni dikeluarkan mengikut vol. Jadi, untuk search vol ubah sahaja nombor akhir dalam url tu. Setakat ni penulis hanya berjaya mencari vol 70-99. :)

----->>> http://www.tamiya.com/japan/download/pdf/junior/news/pdf/000070.pdf

Saturday, December 8, 2012

Kesusasteraan Bandingan


Kesusasteraan Bandingan 
Suatu Pengenalan Ringkas

Asal-usul & Perkembangan Kesusasteraan Bandingan
Definisi  Kesusasteraan Bandingan: Kajian sastera tanpa batas -- merentas bahasa, budaya, bangsa / negara, seni, genre, dan disiplin.

Sejarah:


Abad ke-19 & awal Abad ke-20

Pentas utama: Eropah
Konteks:   Nationalisme & Imperialisme
Nationalisme
*Pencarian watak nasional
*Pertukaran pengaruh; memahami budaya lain
Imperialisme
*Sikap Erosentrik
*Perbandingan karya/sastera yang setaraf  sahaja
Model: Model / Sekolah Pemikiran Perancis  [Empirikal]
    *Penekanan pada sejarah
    *Pendekatan binari [banding karya dua sastera bangsa/budaya] 
                *Pencarian pengaruh; asal-usul
Rapport de faits [hubungan faktual antara teks sastera; dicari secara forensik]
Hutcheson Macaulay Posnett (1882-1901; New Zealand) Comparative Literature 1886. Penekanan kepada sifat antarabangsa. 
Pengaruh J.W. Goethe (1749-1832; Jerman); konsep Weltliteratur  (Sastera dunia) 1827 – karya-karya besar yang merentas bahasa, budaya; terjemahan daripada Parsi, Arab, Sanskrit dan lain-lain.

Separuh Pertama Abad ke-20
 Main player / stage: America (USA)
Model:  Perancis [penerusan] 
Sekolah Pemikiran Amerika: 
    *Penekanan pada sastera; formalistik
    *Tidak terhad kepada pendekatan binari; juga lihat di luar Barat 
        *Antara disiplin 
Tokoh: Henry Remak (1916-2009) “across nations and across disciplines’
 Rene Wellek – kesarwajagatan sastera 

Asal-usul & Perkembangan Kesusasteraan Bandingan
Mulai Pertengahan Abad ke-20
Pentas: Barat dan negara-negara Pascakolonial
Konteks:
Situasi Pascakolonial   
Nasionalisme & pencarian jati diri
“Emergent literatures” [sastera yang berbeza daripada sastera Barat yang domenen / hegemonik]
Kesusasteraan Bandingan sebagai aktiviti politik [un-naming dan naming]
Kerelevanan model sastera Barat dipersoal
Situasi Pascamoden
Fragmentasi, ketiadaan pusat, ketiadaan naratif besar dan lain-lain

Tuesday, November 20, 2012

Blog Popular

Dunia blog seperti juga dunia gajet. Ada musim, ada budaya, ada pengaruh dan turun naik. Penulis mula menceburkan diri dalam dunia blog pada awal tahun 2009. Hal ini disebabkan salah satu kursus di IPT penulis meminta setiap pelajarnya menghasilkan blog. Dari situ, penulis mula mengetahui dan meneroka dunia blog di Malaysia. Lama-kelamaan, membaca blog menjadi hobi penulis kerana ia seronok, dapat belajar pengalaman orang lain dan sebagainya.

Di sini penulis ingin berkongsi blog popular manakah yang mula-mula diminati oleh penulis sekitar tahun 2009. Daripada blog-blog inilah penulis mendapat idea untuk terus meghasilkan blog seterusnya menjana pendapatan sampingan. Blog popular yang penulis senaraikan bukanlah berdasarkan ranking, namun ia berdasarkan pengalaman dan pandangan penulis terhadap blog yang berkualiti.

1. http://justkhai.com/blog/

Blog Justkhai merupakan antara blog terawal yang penulis sentiasa membacanya sekitar tahun 2009. Blog ini juga begitu popular di Malaysia ketika budaya menulis blog mula menular di Malaysia. Penulis blog ini bernama Khai dan ketika awal menulis blognya, dia banyak menceritakan kisah peribadi namun setiap kisah tersebut terdapat pengajaran dan 'sesuatu' yang boleh kita ambil. Dia juga berkongsi tentang pandangannya terhadap bidang teknologi sepertu gajet, komputer dan telefon bimbit. Dia juga telah membuktikan bahawa dengan menulis blog juga boleh berjaya seperti kerjaya lain. Nak tahu apakah kejayaan yang telah dikecapinya? Silalah layari blog Justkhai!

2. http://inibelogsaya.blogspot.com/

Rasanya ramai dah tahu tentang blog ini. Antara blog personal paling popular di Malaysia. Dalam banyak-banyak blog wanita di Malaysia, blog Hanis Zalikha inilah yang tak jemu-jemu penulis baca. Hanis Zalikha banyak menulis tentang fesyen, makanan, percutian dan juga keluarganya. Seronok mengikuti kisahnya!

3. http://amanz.my/

Blog ini dijumpai penulis awal tahun 2009 juga. Ketika itu penulis sedang belajar dan meneroka isu semasa berkaitan teknologi komputer dan maklumat. Blog ini menekankan isu semasa dan sentiasa dikemas kini setiap hari dalam bahasa Melayu. Pendapat penulis, inilah blog IT bahasa Melayu paling terbaik di Malaysia dan menepati budaya serta citarasa rakyat Malaysia dalam dunia IT.

4. http://sembangkomputer.com/

Jika blog Amanz lebih berfokus kepada isu semasa dunia IT, blog SembangKomputer pula lebih kepada teknik, panduan dan tips dalam komputer dan internet. Ia lebih teknikal dan sesuai untuk sesiapa yang mahu mempelajari selok belok teknikal perkomputeran dan internet. Juga dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman. Good Job!

5. http://norashikinrahmat.blogspot.com/

Mungkin ramai yang tidak mengetahui blog ini. Namun, bagi penulis inilah blog personal yang banyak pengalaman dan ilham yang boleh kita kutip. Penulis blog ini sentiasa berkongsi pengalaman dalam menghadapi liku-liku kehidupan pahit manis. Jika kita dalam keadaan sedih atau dirundung masalah, bacalah blog ini, pasti ada mutiara kata yang membuatkan fikiran kita terbuka dan mendapat "sesuatu".


Blog ini banyak berkongsi tentang selok belok dunia blog dan marketing. Banyak perkara kita boleh belajar daripadanya. Namun, adakalanya penulis blog ini berkongsi kisah kehidupannya yang menarik. :)


Jika anda seorang peminat dunia permotoran khasnya motosikal berCC kecil, bacalah blog ini. Ia memaparkan perkembangan dunia motor di Malaysia. Boleh dikatakan inilah blog permotoran paling popular di Malaysia. Maklumatnya sentiasa dikemas kini.


Untuk mereka yang gemar berkonvoi atau makan angin, blog ini memaparkan kisah seorang rider motosikal berkuasa tinggi yang sering berkonvoi ke merata tempat di Malaysia dan luar negara. Sekiranya anda mencari ilham dimanakah tempat yang ingin dituju semasa cuti nanti, layarilah blog ini!

Monday, November 19, 2012

Nokia Lumia 920 Malaysia


Bila imbas kembali 10 tahun yang lalu, pasaran telefon bimbit di negara ini dikuasai oleh Nokia. Bukan sahaja menguasai pasaran, namun Nokia berjaya mencipta budaya atau trend ketika itu sehingga jenama telefon bimbit lain dipandang sebelah mata oleh pengguna. Iklan-iklan yang menjual ringtone atau aplikasi telefon bimbit di majalah dan surat khabar banyak memfokuskan kepada telefon bimbit Nokia. Memang susah kalau nak tengok jenama lain. Rekaan telefon bimbit Nokia juga menjadi ikonik dan diingati pengguna sehingga menggelarnya dengan beberapa gelaran seperti Nokia Daun, Butterfly dan Nokia Sabun.

Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah. Seingat penulis, zaman kegemilangan Nokia terakhir ialah sekitar tahun 2009/2010 di mana telefon ikonik Nokia ketika itu ialah siri Nokia ExpressMusic. Walaupun pada tahun 2007-2010 iPhone mula mendapat tempat di hati pengguna, namun Nokia masih lagi bertahan. Sehingga pada tahun 2010-2012 jenama Samsung mula menguasai pasaran dengan telefon bimbit Android mereka. Penulis sendiri menggunakan Samsung pada awal tahun 2012 namun masih kekal menggunakan Nokia sebagai telefon bimbit utama untuk membuat panggilan dan SMS.

Ternyata OS Android pada Samsung dan jenama lain begitu memudahkan pengguna. Mesra pengguna, pantas dan aplikasi yang mudah dimuat turun. Pernah mencuba beberapa smartphone Nokia yang menggunakan OS Symbian namun penulis berpendapat ia agak sukar dan kurang mesra pengguna berbanding Android. Namun untuk telefon bimbit yang menawarkan fungsi asas, penulis merasakan Nokia masih lagi terbaik.


Namun, apabila Nokia mengeluarkan smartphone menggunakan Windows Phone sebagai OS, penulis pergi mencubanya di kedai. Pandangan pertama penulis, penggunaan "live tile" begitu cantik dan menjadikannya begitu berbeza dengan telefon lain. Bila dibuat perbandingan antaramuka Windows Phone dengan Android, nampak yang Windows Phone lebih interaktif dan canggih. Mungkin ramai yang kata, Android mempunyai lebih banyak aplikasi yang boleh dimuat turun dan percuma. Namun, sepanjang aku guna android dan juga kawan-kawan, dalam setahun entah berapa aplikasi sahaja yang dimuat turun. 

Dan sekarang, Nokia telah melancarkan Nokia Lumia 920 yang menggunakan Windows Phone 8 sebagai OS. Penulis sendiri tidak sabar untuk mencubanya dan adakah Windows Phone 8 ini berjaya menarik perhatian penulis dan meninggalkan Android? Kita tunggu dan lihat nanti respon masyarakat Malaysia. Sudah bersedia untuk melihat Nokia kembali mencipta budaya dan telefon ikonik?

Nokia Lumia 920 masih lagi belum terdapat di pasaran Malaysia, namun di luar negara ia sudah pun ada di pasaran. Harga pula dijangka RM1500-1900 memandangkan Nokia Lumia 920 adalah smartphone high-end Nokia. Harap Nokia lebih pantas membawa masuk Nokia Lumia 920 sebelum pengguna mula melupakannya. Untuk mengetahui spesifikasi Nokia Lumia 920, boleh layari laman web Nokia ini >>> http://www.nokia.com/gb-en/products/phone/lumia920/

Pendekatan Pemahaman Teks Kaedah Berfokus


Kaedah Berfokus
Diperkenalkan pada 1984 – Unit Bahasa Melayu, Pusat Perkembangan Kurikulum.  Menitikberatkan kandungan dan isi pelajaran.  Kaedah ini mengandungi dua tumpuan:
Tumpuan utama – FOKUS UTAMA
Tumpuan kedua -  FOKUS SAMPINGAN
Fokus sampingan mungkin lebih daripada satu.  Tugas fokus sampingan untuk membantu dan memperkuatkan fokus utama.

Fokus utama – perkara yang paling menonjol dalam sesuatu hasil karya perlu diberikan penekanan utama, manakala perkara lain yang kurang menonjol sebagai perkara sampingan.  Fokus utama dan fokus sampingan boleh bertukar ganti – fokus utama jadi fokus kedua, fokus sampingan menjadi fokus utama. Bergantung kepada kreativiti guru – apakah yang hendak difokuskan – aspek apa? –isi, bahasa, unsur moral, nilai murni, kemasyarakatan, gaya bahasa dan sebagainya. Dalam fokus utama ada objektif pengajaran.

Sunday, November 18, 2012

Ciri Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam Sastera


Ciri-ciri Kaedah Mengalami Menghayati

Setiap individu ada pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan nilai warisan. Pengalaman dan penghayatan pelajar diutamakan. 
Guru membimbing pelajar dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya.
Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan. Analisis pengalaman pelajar sangat penting. BBM dan teknik menyoal akan membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran.
Pelajar perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan penghayatan. Elemen-elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung  dalam perbincangan tentang keindahan karya.
Para pelajar juga dilatih menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif. Ini dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik – soalan mencungkil pandangan, pendapat, pertimbangan dan penilaian para pelajar. Jawapan guna daya kreatif dan imaginasi masing-masing.
Aktiviti-aktiviti  pelajar bersama-sama bimbingan guru  amat dipentingkan. Para pelajar digalakkan  melakonkan episod-episod sendiri dan membincangkan  persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran masing- masing tanpa ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini teknik perbengkelan amat sesuai digunakan. Ini akan menentukan penglibatan para pelajar secara menyeluruh.
BBM amat penting  dalam mewujudkan penikmatan dan penghayatan. Antara alat-alat yang sesuai  ialah pita rakaman, gambar-gambar, kostum serta objek sebenar tentang sesuatu perkara. 
Pendekatan ini membantu guru mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan hidup. Para pelajar juga dapat membina kemahiran menganalisis melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Friday, November 16, 2012

Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam Sastera


Kaedah ini dikemukakan oleh Googman (1962) supaya sesuatu pengalaman itu dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca itu sendiri. Individu itu ada pengalaman tersendiri. Ada hasil daripada pengalaman yang dilalui dan ada nilai pengalaman itu sendiri. Tekankan apa yang dialami oleh pembaca dan sejauh
mana pembaca dapat menghayati rakaman penulis melalui bahasa yang disampaikan.

Kaedah ini  lebih menekankan penikmatan. Aspek sastera yang dikaji perlu dirasai dan dihayati sepenuhnya. Guru menggunakan semua himpunan pengalaman pelajar bagi mendapat sesuatu pengalaman baru. Pelajar biasanya didedahkan dengan beberapa persoalan di dalam sesuatu aspek yang dikaji. Persoalan diinterpretasi sehingga ia benar-benar dapat dirasakan. 

Pengajaran tidak ditumpukan kepada objektif tertentu tetapi lebih  kepada mencungkil pengalaman pelajar. Guru perlu cekap menarik  perhatian dan menarik minat pelajar kepada cerita yang dikemukakan. BBM penting bagi menyuburkan imaginasi pelajar. Perlu dilatih berfikiran kritis dan kreatif – memberi pendapat, pertimbangan wajar, penilaian, kritikan dan sebagainya. 

Pelajar boleh membuat simulasi sendiri supaya wujud kefahaman mendalam.   Kajian intrinsik – kerohanian, jiwa, nilai, hati nurani, kemanusiaan dan kemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan, perasaan  seni halus akan menusuk ke jiwa pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan dan meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar. Pelajar menggunakan pengalaman masing-masing dalam menghadapi dan menanggapi karya sastera.

Thursday, November 15, 2012

Kaedah Struktural Dalam Sastera


Ciri-Ciri Kaedah Struktural:

Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan  dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya.  Dalam P&P sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah diberikan perhatian.

Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut.

Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.
Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci.

Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru.

Bahan bantu mengajar (BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan perbincangan ringkas sahaja.
Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.

Wednesday, November 14, 2012

Kaedah Analisis Sastera Teori Struktural


Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling awal.  Pengajaran  dan Pembelajaran yang bertujuan
memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan  binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera.  Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
tema
persoalan
latar
plot
sudut pandangan
watak  perwatakan
gaya bahasa
simbol / lambang
bentuk

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas.  Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi,  emosi, penerapan pengetahuan,  manipulasi  dan  pengalaman  kerohanian.  Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.
Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek intinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi pemahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.
Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya.  Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.
Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.
Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

Monday, November 12, 2012

Istanbul Aku Datang

Istanbul! Aku Datang

Dalam tension-tension mencari nota dan menyiapkan kerja tu, apa kata ambil masa untuk rileks dan buat sesuatu yang menggembirakan. Penulis baru-baru ini berkesempatan menonton sebuah filem tempatan yang bertajuk Istanbul Aku Datang. Best ke filem ni? Mulanya, aku memang buat tak tahu tentang filem ni sebab tengok tajuk dan gaya secara luaran filem ini seperti membosankan dan terlalu biasa. Namun, ramai rakan update di Facebook dan mengatakan bahawa filem ini 'best' dan berbaloi. Aku pun kalau rakan dah kata 'best', aku akan buat jangkaan awal memang filem itu 'best'. 

Pertama, apa yang aku boleh kata filem ini berjaya buat aku ikut ceritanya dari awal sampai habis tanpa terdetik rasa bosan di hati. Latar tempat dalam filem ini di Istanbul, Turki. Mungkin pengarah ingin menjadikannya sebagai salah satu tarikan dalam filem ini tetapi bagi aku, aku lebih tertarik dengan ceritanya. Ceritanya atau sinopsis bermula dengan watak Lisa Surihani yang datang ke Istanbul untuk bertemu dengan teman lelakinya (Tomok) yang belajar di sana. Semasa Lisa Surihani di Istanbul, pelbagai situasi sukar ditempuhi antaranya terpaksa tinggal serumah dengan seorang lelaki (Beto) kerana ditipu oleh seorang warga Turki. Lisa terpaksa menyembunyikan rahsia ini daripada pengetahuan Tomok. Namun, akhirnya Tomok mengetahui perkara tersebut sehingga tersalah anggap bahawa Lisa sudah curang. Nampak macam biasa-biasa je kan, tapi filem ini berjaya diolah dengan baik sehingga terasa tidak bosan dan mudah dijangka. 

Yang 'best' dalam filem ini ialah filem ini gagal membuatkan aku meramal apakah ending cerita. Satu lagi, watak tambahan yang dilakonkan oleh Aizat sebagai housemate Tomok yang selamber dan cool. Apapun, filem ini ada menggunakan ayat-ayat falsafah berkaitan cinta, kesetiaan dan kekecewaan yang berkaitan dengan kehidupan sebenar. Siapa pernah merasainya, tentu akan terkesan dengan filem ini. Akhir sekali, aku bagi 8/10 untuk filem ini! Cuma kalau filem ini diubah tajuknya menjadi lebih abstrak atau berbunga sedikit, tentu lebih tepat. Macam Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan dan sebagainya. 

Boleh dikatakan bahawa sekarang filem-filem tempatan lebih bagus berbanding filem luar negara. Berdasarkan pengalaman aku menonton wayang, buat masa sekarang aku lebih selesa memilih filem tempatan kerana banyak filem luar negara yang aku tontong sejak 2-3 tahun ini sungguh membosankan. Filem-filem tempatan walaupun kadang-kadang hanya memuatkan lawak bodoh, tetapi sekurang-kurangnya membuatkan aku ketawa dan puas hati.

Konsep Teknik Dalam Pendidikan dan P&P

Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.  Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid.  Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.

Sunday, November 11, 2012

Konsep Kaedah Dalam Pendidikan & P&P


Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran.  Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan.
Mangantar Simanjuntak 1982: 72

Kaedah berbentuk prosedur  yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti  dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu
Brown 1980:240
“Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at time that the terms  approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is a general and theoretical  view of how language ought to be taught, while a method includes a developed procedure for teaching.”
Currie 1973
“Usually, method is classified by the way we try to achieve the aim, thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the philosophy of our teaching task is  a given subject in that it orientates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are way in which, this philosophy is realised in actual class lessons.”

Make Money Blogging

Ok, maybe time right now there are a variety of programs to generate income from the internet. Some may not believe that the internet can generate income. It sounds easy to make money blogging, but hard fact. If there are programs making money online is too easy for example, you pay RM100, next month could RM1000, that ruse. Or today you make a blog and next week you got money, that ruse.

I personally take up to a year to make money from the internet. I do use blogspot. Make just any blog, and make sure a day can pull up to 1000 visitors. Only then will, you can make money from blogging. That is my experience. I use Nuffnang for bahasa Melayu and English blog in Malaysia. Another good use Google Adsense, but Google Adsense only allows English in the blog.

Friday, November 9, 2012

Konsep Strategi Dalam Pendidikan


Strategi merujuk kepada perancangan tindakan yang menjurus kepada pencapaian objektif yang telah ditetapkan.  Rancangan tindakan ini mengandungi kaedah dan teknik mengajar.  Dengan adanya perancangan strategi, kaedah dan teknik dapat diatur secara sistematik, pengagihan masa disusun dengan baik, penyediaan bahan dibuat mengikut kesesuaian dan kawalan kelas diuruskan dengan rapi.   Strategi P&P mestilah berasaskan tiga unsur utama iaitu guru, murid dan bahan P&P.  Oleh sebab itulah strategi dalam pendidikan dirujuk sebagai P&P berpusatkan murid, P&P berpusatkan guru dan P&P berpusatkan bahan.

Thursday, November 8, 2012

Konsep Pendekatan Dalam Pendidikan

Pendekatan dalam pendidikan berkait dengan cara sesuatu pelajaran disampaikan melalui proses P&P untuk mencapai hasil pembelajaran dalam masa jangka panjang.  Dalam pendekatan, kita akan memilih satu atau lebih model, prinsip dan teori pembelajaran supaya proses pembelajaran berlangsung dan ini memungkinkan kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah laku berlaku.  Ini bermakna, untuk mencapai hasil pembelajaran jangka panjang, pelbagai strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti akan digunakan.

Monday, September 17, 2012

Teater Pembaca


Apakah Teater Pembaca? 

  1. Satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. (boleh diambil dari buku teks)
  2. Teater pembaca melibatkan  pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.
  3. Teater pembaca dikenali sebagai ‘teater minda’ kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan     aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.
  4. Pelakon tidak  perlu menghafal dialog.
  5. Persembahan sepenuhnya membaca teks.
  6. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka.
  7. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
  8. Tidak melibatkan ruang yang luas
  9. Tidak perlukan latihan yang lama.
  10. Boleh dilaksanakan secara spontan.
  11. Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yg dilakonkan.
  12. Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'. 
Langkah Perlaksanaan

  1. Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak skrip.
  2. Setiap pelajar yg dipilih diberikan watak dan skrip.
  3. Seorang pencerita (narator) dipilih untuk membaca bahagian naratif dalam skrip.
  4. Sediakan ruang lakon di hadapan kelas, menghadap penonton.
  5. Pelakon boleh berdiri atau duduk di atas kerusi.
  6. Pembaca (naratif) di bahagian tepi kiri atau kanan, pelakon di tengah.
  7. Pelakon membaca dialog mengikut urutan dalam skrip.
  8. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca/melakonkan dialog dengan penuh perasaan dan intonasi yang sesuai.

Tuesday, September 11, 2012

Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah (PowerPoint Interaktif)


Kelebihan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik Darjah

Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan lagi. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya. Namun, sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas.

Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di sekolah dan sebagainya. Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan kurang menepati citarasa guru serta murid di sekolah. Ada kalanya terlalu canggih sehingga sukar dipelajari dan digunakan di sekolah.

Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan gambar  atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas. Namun, ianya bersifat statik dan berpusatkan guru.

Sebenarnya, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai. Cuma ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.

Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah. Tentulah keadaan ini menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya. Selain itu, perisian dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh negara. Justeru, kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-murid. Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran mereka.

Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah. Sebagai guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid mereka. Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.

Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT terutamanya komputer. Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan ICT sejak sekolah rendah supaya mereka sudah biasa dengannya. Apabila mereka sudah terbiasa sejak kecil dan dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke pusat pengajian tinggi dan alam pekerjaan.

Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu menjadi mudah. Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh serta dikongsi dengan mudah melalui softcopy. Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel atau salinan dalam cakera keras. Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan bahan inovasi ini. Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

Kelemahan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik Darjah

 Walaupun bahan pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada proses pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor, kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran.

Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer merupakan sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.

Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur permainan, hiburan dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid pada peringkat umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka akan mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.

Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman sebenar kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai simulasi, contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak mampu memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar.

Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid belajar secara pasif dengan hanya duduk di hadapan komputer. Komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid mungkin tidak berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan perisian komputer tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini sudah tentu menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.

Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT, mereka akan mula mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran. Bahan sedia ada akan hanya diubah mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran kreatif dan kritis guru dalam menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalah pelbagai, bukan hanya tertumpu pada ICT semata-mata.

Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak pelbagai. Jika dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak harus dibuang begitu sahaja.  


Pelaksanaan Inovasi Dalam Bilik Darjah

Seterusnya, mari kita bincangkan tentang huraian pelaksanaan inovasi ini dalam bilik darjah. Perisian inovasi ini memerlukan bilik darjah atau makmal komputer yang lengkap dengan komputer. Sekiranya bilangan komputer terhad, ia masih boleh digunakan. Keperluan asas peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci dan pembesar suara diperlukan. Untuk pengetahuan, perisian inovasi ini hanya menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dan tidak memerlukan proses install yang kadang-kala merumitkan. Perisian ini hanya memerlukan guru copy and paste dalam komputer. Perisian yang tidak memerlukan proses install boleh menjimatkan masa dalam kelas.

Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan animation untuk menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan dua hala dengan pengguna. Bahan audio dan video diselitkan dalam PowerPoint untuk meransang minat dan deria murid.

Semasa digunakan dalam bilik darjah, guru boleh membahagikan murid kepada kumpulan atau individu. Dalam perisian PowerPoint ini, terdapat unsur multimedia seperti gambar, video, audio dan animasi. Terdapat juga butang-butang akses (button) untuk memudahkan murid meneroka perisian ini. Setiap fakta dan maklumat isi pelajaran yang perlu diingat murid, disusun secara tersembunyi supaya murid mencari sendiri. Kaedah ini bertujuan agar murid mudah menghafal dan faham perkara yang dipelajari.

Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan PowerPoint dalam kelas, murid menunjukkan reaksi teruja. Namun, murid jarang diberi peluang untuk mencuba sendiri PowerPoint tersebut. Justeru, dengan adanya perisian ini, ia dapat memberi peluang murid merasai sendiri pengalaman belajar yang menyeronokkan. Murid dibiarkan bermain, mencuba, menjawab dan meneroka sendiri perisian inovasi ini.

Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan bahagian. Ianya dibuat berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid akan mempelajari setiap tajuk dengan teratur seperti yang dirancang oleh guru. Pada akhir bahagian diselitkan dengan soalan-soalan ujian pemahaman. Soalan pemahaman dibuat secara menyeluruh oleh guru mengikut tahap dan kemampuan murid. Di sini guru boleh memantau terus perkembangan murid. Memandangkan perisian ini hanya menggunakan PowerPoint dan boleh diubah bila-bila masa, guru boleh menambah atau mengubah soalan yang lebih sesuai dengan murid sekiranya murid gagal atau tidak faham.

Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan, maka ianya dapat membantu murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk belajar dengan lebih berkesan. Seterusnya motivasi murid juga semakin bertambah baik. Hal ini menepati matlamat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selalunya, apabila dalam kelas murid kurang berkeyakinan untuk mencuba sesuatu perkara. Dengan adanya inovasi ICT ini, ianya dapat membantu murid mencuba dan melakukan perkara yang sukar dilakukan semasa proses pengajaran guru biasa. Hal ini memupuk nilai yakin diri dan keberanian murid semasa proses pembelajaran.

Akhir sekali, semasa ia dilaksanakan dalam bilik darjah guru boleh memasukkan sedikit pengisian tentang kemahiran asas menggunakan komputer seperti belajar menaip, menggunakan tetikus dan sebagainya. Walaupun kemahiran ini nampak remeh, namun ianya tetap memberi kesan kepada murid dalam membiasakan diri mereka dengan komputer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...