Cari Nota Dengan Cepat...!

Saturday, June 20, 2009

Definisi Munafik

Munafik

Definisi Munafik
· Istilah syarak: orang yang menzahirkan apa disembunyikan di dalam hatinya.
· Ertinya, orang yang di dalam dirinya tidak ada keserasian dan keselarasan antara zahir dan batin.
· Sekiranya apa yang disembunyikan adalah pendustaan terhadap asas-asas iman dia adalah munafik yang tulen,dan hukumannya di akhirat adalah hukuman orang kafir.

Asas Kemunafikan/Nifak
· Asas kemunafikan adalah kufur dan takut.
· Individu yang munafik menyembunyikan kekufurannya kerana takut diketahui identitinya yang sebenar iaitu kufur.
· Mereka berpura-pura Islam kerana ingin mendapatkan habuan keduniaan dengan Islam mereka secara zahir.
· Dan mereka berusaha menghancurkan Islam dan umatnya daripada dalam.
· Mereka lebih merbahaya daripada kafir yang asli kerana mereka tidak dapat dikenali secara jelas seperti orang kafir lain.

Tanda-tanda Munafik
· Hati yang sakit iaitu sakit yang tidak dapat menerima kebenaran atau melihat kebenaran dengan pandangan yang serong.
· Melakukan kerosakan di bumi dengan membuat maksiat/kekufuran, tetapi tidak mengakuinya malah mengatakan mereka membuat kebaikan.
· Menuduh orang beriman sebagai bodoh kerana beriman kepada Allah dan mematuhi segala perintah dan larangan Allah.
· Mereka berkata-kata dengan baik,tetapi dalam hati mereka adalah musuh yang sangat keras. Mereka bangga dengan dosa-dosa dan kerosakan di bumi yang mereka lakukan.
· Menipu,riyak,atau menunjuk-nunjuk dan malas dalam beribadah.
· Berhukum dengan hukum-hukum taghut.
· Merosakkan perpaduan orang Islam.
· Berdusta,takut dan benci kepada orang Islam.
· Suka mengaibkan orang Islam yang berada di jalan benar,reda dan marah demi keuntungan diri sendiri.
· Menyeru kepada mungkar dan melarang perkara makruf.
· Berpesan-pesan meninggalkan jihad.
· Merancang membuat mudarat kepada orang beriman di sebalik perbuatan yang zahirnya baik tetapi sebaliknya mengandungi perancangan jahat.

Asi
Definisi Asi :
· Asi dari sudut B.Arab ialah orang yang melanggar perintah.
· Dari sudut istilah, Dr.Abdul Karim Zaidan menyatakan orang asi ialah “sesiapa yang mempunyai asas iman iaitu ikrar dengan syahadah tetapi mereka tidak menunaikan hak-hak syahadah tersebut,mereka melanggar beberapa perintah syarak dan mendatangi larangan-Nya.
· Asi juga bermaksud orang-orang yang derhaka kepada Allah.
· Orang- orang ini percaya kepada Allah tetapi melakukan dosa dengan sengaja (baik dosa kerana melakukan larangan mahupun dosa kerana meninggalkan perintah Allah).
· Orang seperti ini tidak ada rasa penyesalan, bahkan menentang segala akibatnya tanpa rasa takut mendapat balasan (ancaman dari Allah).
· Ia melanggar batas-batas ketentuan Allah. Ia selalu melakukan maksiat dan tidak mahu bertaubat.

Golongan orang –orang yang termasuk golongan asi ialah:
· Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.
· Orang yang mengingkari ayat-ayat Allah.
· Orang-orang yang tidak mahu memutuskan hukum dengan hukum Allah.
· Orang yang melupakan Allah.
· Orang yang menuduh wanita baik-baik (muhsanah) berzina tanpa bukti.
· Orang yang melakukan kezaliman.

Ancaman Allah kepada orang yang melakukan maksiat:
· Setiap kemaksiatan dan kederhkaan akan tercatat dan tersimpan dalam sijjin.
· Sijjin adalah sebuah kitab yang khusus mencatat segala perbuatan orang-orang yang derhaka. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka jahim.

Sebab berlaku maksiat

—Iman yang lemah
Kadang-kala iman menjadi lemah dan berterusan dalam keadaan lemah dan ditipu dengan bisikan hawa nafsu dan hasutan iblis.
Iman menjadi lemah apabila seseorang melupakan Allah dan tidak berzikir atau mengingati-Nya. Lalai daripada mengerjakan ibadah, tidak mempelajari ilmu yang meningkatkan keimanan dan kefahaman terhadap agama Allah.

—Kejahilan hati
Faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya maksiat adalah jahil.
Orang yang dinyatakan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud, “Sesungguhnya taubat itu hanyalah untuk orang yang mengerjakan amalan- amalan kejahatan dalam keadaan jahil,dan mereka bertaubat dengan segera,merekalah yang Allah terima taubat mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana”.
Ibn Al-Kathir menyatakan, “Berkata Mujahid dan ramai ahli ilmu, setiap 0rang yang melakukan maksiat sama ada secara sengaja atau tidak, adalah orang yang jahil sehinggalah dia berhenti melakukan dosa tersebut.
Kejahilan yang dimaksudkan di sini bukanlah kejahilan akal berkaitan hukum perlakuan tersebut, tetapi yang dimaksudkan adalah kejahilan hati,perasaan,minda dan roh berkenaan kaegungan Allah,uluhiyyah,rububiyyah,nikmat kurniaan Allah dan kejahilan berkaitan kehinaan diri manusia yang sepatutnya membawa ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah.
Orang yang melakukan maksiat adalah jahil daripada sudut ketiadaan perasaan sensitif serta takutnya pada ancaman Allah ke atas dirinya dan mudarat yang menimpa akibat perbuatannya sejak di dunia ini lagi.

Penjagaan daripada maksiat
Pastikan diri sentiasa mengingati Allah dan bertakwa kepada-Nya di mana sahaja berada sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “ Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada.
Sentiasa membawa Al-Quran dengan mentadab’burkan maknanya serta mempelajari hadis-hadis Rasulullah.
Sentiasa menambahkan ilmu berkenaan Islam serta mengulang kajinya secara berterusan.
Sentiasa menghubungkan segala ilmu keduniaan dengan konsep tauhid dan prinsip syariat Islam.
Segera bertaubat kepada Allah apabila tersalah melakukan sesuatu perkara maksiat walaupun dianggap kecil.
Sentiasa beristigfar dan memohon keampunan Allah pada setiap hari.
Mengenali tipu daya syaitan dan cara mengatasinya.
Sentiasa berfikir berkenaan kebesaran dan segala sifat keagungan Allah dengan membabitkan alam semesta ciptaan Allah.

islamic center, islamic book

2 comments:

Unknown said...

syukran.

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...