Gunakan Fungsi Search Untuk Mencari Nota

Loading...

Tuesday, June 30, 2009

TEORI KEDATANGAN ISLAM

KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

3.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM

  • Terdapat sarjana yang melihat teori kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui 3 peringkat utama iaitu;

i. melalui kedatangan pedagang melalui India
ii. melalui kedatangan pedagang melalui China
iii. Islam datang secara langsung dari Semenanjung Tanah Arab

  • Namun ketetapan telah dibuat iaitu Islam telah datang ke Alam Melayu sejak zaman Khalifah Ar-rasyidin lagi tetapi melalui perantara. Perantara yang dimaksudkan ialah pedagang-pedagang dari China dan India yang datang berdagang ke Alam Melayu.


3.2 PENYEBARAN ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Apabila membincangkan penyebaran Islam di Alam Melayu, ianya tidak dapat lari daripada membincangkan 2 faktor penting yang membawa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu iaitu;

i- Peranan golongan-golongan penyebar Islam yang terdiri daripada;

      • golongan bangsawan
      • peranan kerajaan-kerajaan Islam
      • golongan mubaligh
      • ulama dan ahli sufi
      • pedagang asing

ii- Ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama Islam itu sendiri seperti;

      • Islam tidak memaksa masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya, sebaliknya menyerahkan kepada setiap individu sama ada mahu menerimanya atau tidak
      • agama baru ini boleh mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat Melayu yang telah sebati dalam diri mereka
      • Islam merupakan agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu.


3.3 PUSAT-PUSAT TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA

(a) Kerajaan Perlak dan Samudera Pasai
(b) Melaka dan Aceh
(c) Brunei, Sulu, Mindanao dan Pattani
(d) Kerajaan Islam lain : Demak, Pajam dan Mataram di Jawa,
: Banjar di Borneo dan
: Campa di Indo China

3.3.1 PASAI (1250-1524 M)

    • Kerajaan Pasai lebih dikenali sebagai Kerajaan Melayu pertama yang memeluk agama Islam berikutan dengan peristiwa pemelukan Islam oleh pemerintahnya Merah Silu (Sultan Malik al-Salih).
    • Pasai merupakan zaman kegemilangan Kesusasteraan Melayu memandangkan sistem tulisan BM (tulisan Jawi) telah bertindak sebagai medium penyebaran agama dan kesusasteraan Melayu-Islam ketika itu.
    • Ketinggian daya penciptaan yang mencerminkan ketinggian pemikiran bangsa Melayu dapat dikesan melalui penghasilan pelbagai hasil kesusasteraan agama seperti;

i. Hikayat Nur Muhammad
ii. Hikayat Bulan Berbelah
iii. Hikayat Nabi Bercukur
iv. Hikayat Nabi Wafat dan sebagainya.

    • Hikayat Raja Pasai (HRP) pula merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui bebarapa dimensi iaitu;

i. Sistem Kepercayaan

    • Agama Islam telah menjadi teras kepercayaan masyarakat Melayu.

ii. Politik dan Pentadbiran

    • Sistem Feudal (bangsawan) merupakan bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kebanyakan kerajaan Melayu tradisi.

iii. Sosial dan budaya

    • Masyarakat Melayu mempunyai hierarki sosialnya yang mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya rakyat biasa.
    • Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat Melayu seperti adat menyambut kelahiran putera raja, adat pertabalan raja dan sebagainya.

iv. Sumber Ekonomi

    • Hikayat Raja Pasai menunjukkan kegiatan ekonomi tradisi masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga pada ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas.
    • Kesimpulannya, Pasai sebagai pusat intelektual Melayu-Islam terus berkembang walaupun Melaka kemudiannya mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Pasai terus menjadi sumber rujukan kepada Melaka khususnya yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Umpamanya Kitab Durr al-Mandhum telah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam BM atas perintah Sultan Mansur Syah.


3.3.2 MELAKA (1400-1511 M)

    • Melaka muncul sebagai sebuah kuasa atau empayar yang terpenting di Alam Melayu khususnya sebagai;

i. pusat penyebaran agama Islam
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perkembangan Bahasa Melayu

    • Melalui dimensi (i), Melaka muncul sebagai pusat agama Islam terpenting di Aia Tenggara menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama yang memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka.
    • Antara cara-cara penyebaran agama Islam di Melaka ialah melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan mubaligh/pendakwah.
    • Melalui dimensi (ii) pula, Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang sibuk dan maju disebabkan oleh keudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur-Barat. Empat orang Syahbandar telah ditugaskan untuk menyediakan kemudahan bagi aktiviti perdagangan dan juga memungut cukai. Dengan erti kata lainnya, Melaka ketika itu telah mempunyai sistem ekonomi yang sistematik dan teratur.
    • Manakala melalui dimensi (iii), ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan Melaka menerusi dimensi (i) dan (ii) sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. BM telah menjadi bahasa pendakwah yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam. BM juga telah menjadi bahasa 'lingua franca' melalui kegiatan perdagangan. BM telah dituturkan oleh pedagang-pedagang asing untuk berkomunikasi sama ada dengan pihak pemerintah mahupun sesama mereka.
    • Kesimpulannya, BM telah mencapai martabat yang tinggi pada zaman Melaka ekoran daripada peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat kegiatan perdagangan. Melaka muncul sebagai pusat perkembangan BM yang terulung dan ini jelas mencerminkan ketinggian ketamadunan masyarakat Melayu pada ketika itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...