Cari Nota Dengan Cepat...!

Saturday, June 20, 2009

Jenis-jenis kecederaan:

KECEDERAAN SEMASA BERSENAM
Jenis-jenis kecederaan:

1. Kecederaan Intrisik (Direct Injury)
Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu lebih melakukan regangan (hyper) atau mengalami kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya ia kurang teruk daripada kecederaan extrintik atau kecederaan yang kena dari luar.

2. Kecederaan Intrinsik (Indirect Injury)
Kecederaan disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan pelanggaran atau hentakan peralatan yang digunakan atau sebagainya. Ia biasanya lebih serius berbanding dengan kecederaan intrinsic kerana mungkin melibatkan patah, seliuh tulang, koyak yang teruk pada ligamen atau tendon atau koyak pada otot. Atlet sukan seperti bolasepak, hoki, silat, bolasepak futsal sering mengalami kecederaan begini.

3. Kecederaan lebih guna
Ia biasanya disebabkan oleh tekanan yang berulang dikenakan pada dikenakan pada satu-satu tempat samada tisu, tulang , ligamen dan tendon. Jika ketelaluan kecederaan aka terkumpul sehingga ia melebihi mekanisme pemuliharaan tisu berkenaan. Pada tahap ini atlet akan mengalami rasa sakit bengkak dan terdedah kepada kecederaan.

Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak jauh: 1500 meter ke atas termasuk pelari marathon, pemain tenis, badmiton dan golf. Mereka biasya mempunyai sejarah dari segi perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensity sesuatu aktiviti dimana tubuh mereka belum bersedia. Contohnya jika atlet biasa berlari 4 kilometer selang sehari dan tiba-tiba jurulatih bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara 10 kilometer dengan persediaan hanya 2 minggu. Pertambahan jarak secara mendadak akan menyebabkan lebih beban dan mikrotrauma berlaku khususnya terhadap kaki atlet lalu mengalami kemungkinan pelbagai jenis kecederaan.
Teknik yang baik juga mungkin menyebabkan kecederaan sebegini. Contoh pelaksaan backhand secara kurang betul akan menyebabkan berlakunya tennis elbow. Membuat pilihan kurang tepat terhadap peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna boleh berlaku. Contohnya raket yang terlalu berat atau saiz grip yang tidak betul akan menambahkan lagi kecederaan tennis elbow tadi.

Contoh-contoh kecederaan semasa bersenam:
· Terkehel/tergeliat.
· Ketegangan.
· Terseliuh.
· Patah tulang.
· Luka-luka.
· Hentakan.
· Kejang otot
· Sakit kaki
Jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersenam:
· Kapsul sendi koyak.
· Konkusi otak akibat hantukan.
· Kecederaan dalam abdomen.
· Patah/terseliuh pada tulang dan sendi–sendi.
Antara penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersenam:
· Pertembungan di antara satu sama lain.
· Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan.
· Jatuh.
· Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan.

Penyebab kejang otot.

• Kelesuan otot

• Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup

• Kehilangan cecair badan yang banyak

• Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit

• Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit Diabetes atau masalah tiroid.


Penyebab sakit kaki.

• Kekejangan otot akibat kelesuan, ketegangan atau kecederaan

• Vena bermasalah - saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantung

• Arteri berpenyakit (saluran darah yang membawa darah ke otot kaki)

• Kerosakan pada saraf - lazimnya berlaku di kalangan mereka yang menghidap diabetes, perokok dan peminum alkohol. Timbulnya kesakitan dan kelemahan di sebelah atau di kedua-dua belah kaki.

• Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang anda.

Patah/terseliuh. Perbezaan diantara terseliuh dengan ketegangan:
Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot.
· Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

Tanda dan gejala kecederaan semasa bersenam:
· Sakit – di tempat yang cedera.
· Bengkak – di tempat yang cedera.
· Lebam – kebiruan di tempat kecederaan.
· Kecacatan struktur – contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah).
· Kecederaan fungsi – contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. ( seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi).
· Sakit kepala – dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan.
· Pening – terjadi semasa kecederaan otak.
· Loya dan muntah – biasa berlaku berikutan kecederaan otak.

Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan.

Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersenam:
Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walaubagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya.Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional.

3 comments:

Unknown said...

Intrinsik ( Kecederaan tak Iangsung)INDIRECT INJURY

Ekstrinsik ( Kecederaan Iangsung)DIRECT INJURY

Unknown said...

Intrinsik ( Kecederaan tak Iangsung)

Ekstrinsik ( Kecederaan Iangsung)

hamba allah said...

Klau bahu rasa sakit selepas bgn dari tidor or main gim dalam masa 2 minggu tak baik...apa yg perlu kita buat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...