Gunakan Fungsi Search Untuk Mencari Nota

Loading...

Saturday, June 20, 2009

Fungsi Bahasa Melayu

FUNGSI BAHASA MELAYU

DEFINISI BAHASA RASMI:
· Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.

PENGENALAN BAHASA RASMI:
· Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada.

· Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen.

· Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka.

· Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi.

FUNGSI BAHASA RASMI
· Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ialah:

1. Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara.

2. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan.

3. Digunakan dalam semua rekod kerajaan.
4. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran.

5. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .


DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan.

PENGENALAN BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu :
· Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
· Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 )
· Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN
Menyatukan rakyat
Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.


ASPEK PEMILIHAN
Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan :
1. Sosial
2. Ekonomi
3. Politik

PERATUS BILANGAN PENDUDUK
Melayu : 43%
Cina : 36%
India : 8%
Lain-lain : 10%

PENINGKATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dan ditinjau melalui dua aspek iaitu:
· Kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu
· Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

DEFINISI BAHASA ILMU
Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian

SEJARAH BAHASA ILMU
· Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara.

· Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh:
Adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan Rasionalisme.

· Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Sebabnya :
-Muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel, dan Nuruddin Al-Raniri.
Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah :
-Abdul Samad al-Falambani di Palembang.
-Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin
-Mohd Ismail Daut Pattani di Patani
-Raja Ali Haji di Riau

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan.

Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

FUNGSI BAHASA ILMU
Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu.
Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian.
Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu.
Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

DEFINISI BAHASA PENGANTAR
Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.
Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

DEFINISI BAHASA PERPADUAN
Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

FUNGSI BAHASA PERPADUAN
1. Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
2. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
3. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
4. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.

language translations,
language services
foreign language


5 comments:

Anonymous said...

TERIMA KASIH DAUN KELADI .. teacherlynz

mastura said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ini..

Anonymous said...

Terima kasih. Nota yang amat berguna untuk tugasan- cikgu raz

Anonymous said...

terima kasih.

nadhirah kamaruddin said...

terima kasih cikgu...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...