Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, June 30, 2009

KONSEP TAMADUN MELAYU

1. KONSEP TAMADUN MELAYU

  • Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu yang berdasarkan;

i. rumpun bahasa bangsa
ii. kawasan-wilayah

  • Berdasarkan dimensi (i) rumpun bahasa bangsa, Melayu terangkum dalam kelompok Austronesia-Nusantara
  • Berdasarkan dimensi (ii) kawasan-wilayah, Tamadun Melayu merangkumi kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa kepulauan lain.

2. KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SEBELUM
KEDATANGAN ISLAM

  • Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu pada masa ini kebanyakannya berasaskan dua ciri yang utama iaitu;

i. agraria
ii. maritim

  • Antara kerajaan-kerajaan Melayu tersebut ialah Sriwijaya, Funan, Angkor, Lembah Bujang dan Majapahit.
  • Pembinaan negara-negara kota tersebut merupakan asas pembentukan Tamadun Melayu yang kemudiannya.


2.1 SRIWIJAYA (650 - 1200 T.M)

  • Merupakan pusat kebudayaan Melayu yang tertua.
  • Pusat pemerintahannya terletak di tepi Sungai Musi (Kota Palembang sekarang). Empayarnya merangkumi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka dan Tanah Segenting Kra.
  • Sumbangannya yang terpenting dapat dilihat melalui 2 aspek;

i) keintelektualan Melayu
ii) perkembangan Bahasa Melayu

  • Dari dimensi (i), Sriwijaya telah memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terpenting di Kepulauan Melayu. Menurut catatan seorang pengembara dari China, I-Tsing, Sriwijaya pada abad ke-7 giat menjalankan kerja-kerja akademik seperti menterjemahkan bahan-bahan berbahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Cina dan juga bahasa-bahasa tempatan yang lain.
  • Selain daripada menjalankan kerja-kerja penterjemahan, Sriwijaya juga merupakan pusat pembelajaran tata bahasa Sanskrit yang terpenting di Alam Melayu ketika itu.
  • Pada tahun 711, Sriwijaya muncul sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. Terdapat lebih seribu pendita Buddha di ibu negerinya. Karya-karya agama dan pelbagai aliran kepercayaan Buddha, falsafah, logika, tatabahasa, kesusasteraan Sanskrit Klasik dan sebagainya berkembang dengan giatnya.
  • Perkembangan Sriwijaya melalui dimensi tersebut mencerminkan tahap pemikiran, keintelektualan dan ketamadunan yang tinggi bagi Tamadun Melayu.
  • Melalui dimensi (ii) pula, zaman Sriwijaya merupakan penyingkapan kegemilangan Bahasa Melayu (BM) memandangkan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan.
  • Memandangkan Sriwijaya menjadi pusat kegiatan ekonomi, sudah pasti ia menjadi tumpuan bagi segala bangsa menjalankan aktiviti perdagangan. Oleh itu untuk tujuan berkomunikasi, pedagang-pedagang asing terpaksa menggunakan bahasa tempatan iaitu BM Kuno. Dengan secara tak langsung, BM telah berkembang dengan pesatnya.
  • Penemuan 4 batu bersurat pula membuktikan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran iaitu;

i. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M)
ii. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M)
iii. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M)
iv. Batu Bersurat Karang Brahi (690 M)

  • Kesimpulannya, Kerajaan Sriwijaya telah memberikan sumbangan yang besar kepada Tamadun Melayu khususnya kepada perkembangan intelektual bangsa Melayu serta perkembangan BM.

1 comment:

Anonymous said...

rujuknota.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading rujuknota.blogspot.com every day.
fast loans
faxless payday loans

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...