Cari Nota Dengan Cepat...!

Saturday, June 20, 2009

Prinsip asas ialah R.I.C.E.

KAEDAH RAWATAN.

Prinsip asas ialah R.I.C.E.
R –
‘R’ Untuk ‘Rest’ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

I –
‘I’ Untuk ‘Ice’ bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.

C –
‘C ’ - Untuk ‘Compression’ bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E –
‘E’ Untuk ‘Elevation’ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/oedema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

Penggunaan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersenam:
· Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi–sendi.Ini dipanggil Cold Compression.
· Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais.
· Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

· 3 jam pertama · Compression selama 10 – 15 minit setiap setengah jam.
· 48 jam yang berikut · Lakukan Cold Compression sebanyak 4 – 5 kali sehari selama 15 – 20minit
· Selepas 48 jam · Kompresi panas mungkin boleh digunakan.

Rawatan Kejang Otot:

· Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan.
· Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari.
· Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk


Rawatan Sakit Kaki:

· Bagi sakit kaki yang tidak bersebab yang berlaku kurang dari seminggu, anda perlu berehat secukupnya. Angkat kaki anda sedikit bila berbaring dan dapatkan ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Kemudian urut perlahan-lahan.
· Tuam atau rendam kaki anda dalam air panas/suam ataupun sejuk. Ia boleh membantu melegakan keadaan.
· Sakit kaki yang disebabkan oleh masalah arteri lebih mudah diatasi dengan bantuan tarikan graviti secara membiarkan kaki tergantung ke bawah.
· Bagi sakit kaki yang disebabkan oleh masalah saraf, anda perlu mengawal diabetes anda. Berhenti meminum alkohol jika anda seorang peminum. Berhenti merokok jika anda seorang perokok. Jangan memakai kasut terlalu ketat.
· Berjumpalah doktor jika sakit kaki anda berterusan dan menjadi semakin teruk.
· Biasanya, rawatan bergantung kepada penyebabnya. Ubat-ubatan yang diberi termasuklah ubat penghilang kesakitan, ubat antikeradangan dan lain-lain. Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk anda.


Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat :
· Tanda–tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam.
· Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh.
· Kecacatan struktur yang jelas.
· Sakit semasa tidur.
· Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa.
· Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan rawatan segera di hospital.

3 comments:

Anonymous said...

RICE stand for REST, IMMOBILIZATION, COLD, ELEVATION.. not ice & compression.

Anonymous said...

can you elaborate more please. I need more help since ice and compression's wrong

Unknown said...

Immobilization and cold is for first aid, fractures...
Ice and compression is for injury treatment, clever....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...